Isnin, 18 Jun 2007

Transaksi Sering Terganggu

SOALAN:
Saya menggunakan komputer notebook dan perkhidmatan internet untuk urusan meminjam dan memperbaharui tempoh pinjaman buku. Walau bagaimanapun, saya menghadapi masalah untuk meneruskan transaksi semasa melakukan 'klik' pada ruangan 'renew'.

S
ebaik sahaja saya klik pada ruangan 'renew' kedengaran sejenis 'sound' diikuti dengan paparan 'a run time error has occur', diikuti dengan 'do you wish to debug'. Apakah yang harus dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut?

Zul,
Sungai Petani, Kedah

JAWAPAN:
Laman web interaktif biasanya dinamik dan menggunakan bahasa pengaturcaraan untuk memberikan ciri interaktif kepada pengguna, sama ada di bahagian pelayan atau pelanggan.

Contoh bahasa pengaturcaraan di bahagian pelayan termasuklah ASP, PHP, Perl, Python dan sebagainya. Contoh bahasa pengaturcaraan di bahagian pelanggan seperti JavaScript dan VBScript (terhad kepada Internet Explorer saja).

Laman yang anda lawati mungkin mempunyai ‘bug’ pada pengaturcaraannya (bahagian pelanggan dan aplikasi pelunsur anda bertindak untuk membuat aktiviti ‘debug’.

Jika anda menggunakan aplikasi pelunsur Internet Explorer, anda boleh ikuti langkah di bawah supaya mesej itu tidakkeluar lagi.

1. buka pelunsur internet explorer anda atau ikuti langkah berikut (start > programs > internet explorer)

2. di internet explorer itu, klik Tools > Internet Options

3. klik "Advanced" di paparan "Internet Options"

4. di bawah tajuk "Browsing" tandakan ‘ya’ untuk pilihan berikut:

- Disable Script Debugging (Internet Explorer)

- Disable Script Debugging (Other)

5. buang tanda untuk pilihan

6. Display a notification about every script error

- klik OK

Sebagai pengguna, anda boleh emel pembangun laman web terbabit dan berikan maklumat Internet Explorer, versi OS dan laman yang bermasalah itu supaya mereka dapat membetulkannya.


Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

Tiada ulasan: