Rabu, 6 Jun 2007

Mahu Elak Data Bocor

SOALAN:
SAYA ingin membeli pemacu setoran flash u3. Satu aplikasi yang menarik perhatian saya adalah antivirus u3.

Adakah aplikasi ini akan menghalang kebocoran data semasa menggunakannya di tempat awam, contohnya kafe siber?

Sauffie,
sauffie@gmail.com

JAWAPAN:
PEMACU flash USB u3 memudahkan pengguna menggunakan sebarang aplikasi yang ada di dalam mana-mana komputer peribadi (PC).

Apabila pemacu itu disambungkan ke komputer yang menggunakan OS Windows 2000, XP dan Vista, aplikasi pelancar ‘LaunchPad’ akan dilaksanakan dan memaparkan menu dengan aplikasi yang disertakan pada pemacu USB u3 itu.

Aplikasi antivirus bukanlah aplikasi untuk keselamatan, tapi lebih kepada penggunaan sebagai pelindung aplikasi atau data daripada jangkitan virus.

Aplikasi untuk pemacu USB Flash u3 itu terbahagi kepada dua iaitu:

  • Anda boleh cuba (trial ware) dan beli bila tamat tempoh
  • Percuma (free ware)

    Jika sudah memiliki pemacu flash USB, anda boleh memindah turun PortableApps Suite menerusi laman web di alamat berikut; http://portableapps.com/suite.

    PortableApps juga mempunyai aplikasi yang boleh dilaksanakan terus dari pemacu USB flash. Cuma perbezaannya, anda boleh memindah turun PortableApps Suite secara percuma.

    Bagaimanapun, aplikasi yang disertakan agak terhad buat masa ini. Namun begitu anda boleh juga memindah turun aplikasi lain di laman http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Portable_Software#External_links.

    Nota: Pertanyaan boleh juga disalurkan menggunakan Google Talk menerusi itmetro@gmail.com, atau perbualan YM meggunakan alamat it.metro@yahoo.com atau masuk ke laman web http://myzope.kedai.com.my

  • Dipetik dari;

    http://www.hmetro.com.my/

    Tiada ulasan: