Memaparkan catatan dengan label Email. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Email. Papar semua catatan

Rabu, 2 April 2008

Mesej Ralat Bila Buka E-mel Yahoo!

SOALAN:
Salam, saya ada sedikit masalah apabila hendak membaca e-mel Yahoo! kerana setiap kali saya mengklik butang 'inbox', akan tertera satu mesej 'Internet Explorer has encountered a problem...' dan terdapat dua pilihan untuk saya sama ada hendak 'send error report' atau 'don't send'.

Apabila saya memilih salah satu antara dua pilihan itu, seluruh Explorer saya akan tertutup. Apakah masalah sebenar saya itu dan bagaimanakah untuk mengatasinya?

Zol Jantan
alamaya06@yahoo.com.my



JAWAPAN:
Ada banyak sebab kepada kemungkinan pemasalahan anda itu. Antara langkah yang sepatutnya anda ambil ialah cuba mengesan masalah 'troubleshoot' menggunakan langkah seperti berikut:

1. Lakukan imbasan virus atau perisian pengintip ke atas komputer.

2. Padamkan semua fail-fail sementara:

- klik Tools > Internet Options

- klik 'Delete All'

3. Pastikan tiada program yang tidak dikehendaki tapi aktif. Anda boleh mengoperasikan 'msconfig' dan semak 'Start-up' untuk melihat program yang dilancarkan secara automatik ketika boot. Untuk menyahaktifkan 'Smart Tags':

- klik Tools > Internet Options > Advanced

- klik Enable Smart Tags

4. Pastikan anda menggunakan kemaskini dan tampalan perisian terkini

5. Nyahaktifkan perisian tambahan atau sambungan pihak ketiga

klik Start > Control Panel > Internet Options > Advanced

- klik "Enable third party browser extensions"

Isnin, 18 Februari 2008

Kemudahan Emel Tolakan Blackberry

Teknologi perhubungan sentiasa berubah. Teknologi yang dirasakan amat canggih pada sesuatu masa akan diganti dengan teknologi lebih berkesan.

Teknologi telefon bimbit yang dimulakan dengan perhubungan menggunakan suara kini diambil alih perhubungan melalui teks iaitu SMS.


Ia kemudian disokong teknologi MMS yang membolehkan maklumat berbentuk multimedia dihantar melalui telefon bimbit.

Dengan teknologi 3G, sidang video boleh dilakukan secara langsung menggunakan telefon bimbit yang menyokong teknologi 3G.

Teknologi terkini adalah menghantar dan menerima e-mel melalui telefon bimbit. Biasanya membabitkan telefon pintar.

Walaupun kebanyakaan telefon bimbit sebelum ini boleh menghantar dan menerima e-mel, ia hanya satu daripada kemudahan sampingan.

Kemudahan e-mel yang terdapat di kebanyakaan telefon bimbit tidak dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pengguna kerana ia tidak dibekalkan dengan pelarasan diperlukan.

Kepada pengguna yang mempunyai pengetahuan mengenai sistem penghantaran dan penerimaan e-mel, mereka boleh membuat pelarasan atau tetapan untuk mengatifkannya sendiri, namun pengalaman menggunakan e-mel menerusi telefon bimbit sehingga kini tidaklah begitu selesa seperti pengunaan SMS.

Ruang teknologi komunikasi menggunakan e-mel di telefon bimbit tidak dihiraukan kebanyakan pengeluar dan penghasil teknologi telefon bimbit sehingga kini.

Untuk pengguna yang ingin menerima dan menghantar e-mel dengan lebih mudah, kini terdapat teknologi yang dipelopori oleh Syarikat RIM yang dinamakan Email Push di bawah jenama Blackberry.

Jenama telefon bimbit Blackberry nampaknya masih jarang kelihatan dipamerkan di kaunter telefon bimbit di pasar raya, faktor penyebabnya adalah untuk ia beroperasi dengan sempurna, memerlukan perisian tambahan untuk dipasang ke sistem pelayan e-mel pengguna Blackberry itu.

Namun, keperluan pemasangan perisian di dalam pelayan e-mel pengguna tidak lagi diperlukan.

Syarikat Blackberry memberikan kemudahan pengunaan pelayan mereka dengan caj minima setiap bulan.

Kemudahan penerimaan e-mel tolakan juga boleh digunakan kepada semua e-mel persendirian dan kemudahan emel percuma tanpa memerlukan pemasangan perisian pengguna di pelayan e-mel.

Pengguna e-mel seperti Yahoo!, Hotmail dan Gmail boleh memiliki kemudahan ini secara terus.

Apa yang membezakan kemudahan e-mel tolakan yang digunakan Blackberry dengan kemudahan e-mel tolakan lain ialah proses pendaftaran e-mel yang dipermudahkan.

Pengguna tidak perlu mengetahui ketetapan POP atau IMAP dan sebagainya untuk membolehkan e-mel dibaca di telefon bimbit. Apa diperlukan hanya alamat e-mel dan kata laluannya.

Dalam masa beberapa minit selepas maklumat itu dimasukkan ke Blackberry, e-mel yang diterima di alamat e-mel yang diberikan akan muncul dalam Blackberry pengguna.

Proses membalas e-mel yang diterima juga cukup mudah, pengguna hanya perlu memilih arahan balas, taip mesej balasan, secara automatik mesej yang dibalas akan dikemaskini di dalam kekotak e-mel utama bagi alamat e-mel terbabit.

Ini bermakna jika Blackberry anda hilang semua e-mel yang diterima dan e-mel yang dihantar melalui Blackberry masih boleh dicapai melalui kekotak e-mel utama di Internet.

Oleh kerana Blackberry dihasilkan untuk mengendalikan e-mel saja, ia boleh menyimpan hingga ribuan e-mel tanpa memperlahankan proses penggunaan peralatan itu.

Berbeza dengan kemudahan e-mel yang didatangkan dengan telefon bimbit biasa, kehadiran beberapa e-mel saja boleh menyebabkan operasi telefon bimbit menjadi perlahan.

Blackberry juga boleh membuka fail sisipan seperti Excel, PDF dan Word. Walaupun ia tidak mempunyai kemudahan Word secara keseluruhan, ini cukup membantu kita melihat kandungan sisipan yang disertakan bersama e-mel itu.

Pengunaan e-mel tolakan melalui telefon bimbit ini juga dapat membantu seseorang menjimatkan masa menjawab e-mel.

E-mel boleh dijawab sebaik saja ia diterima walau di mana mereka berada.

Kini pengguna tidak perlu berhadapan dengan jumlah e-mel yang banyak setiap kali kembali bekerja kerana e-mel boleh dibalas sebaik saja ia diterima. Faktor itu juga menggambarkan profesionalisme sesebuah organisasi di dalam menyelesaikan sesuatu tugasan seharian.

Oleh kerana pengunaan sistem Blackberry ini masih baru di Malaysia, ramai mungkin ragu sama ada pertukaran dari sistem telefon bimbit sedia ada kepada Blackberry satu langkah bijak.

Keputusannya jika anda bergantung kepada kemudahan e-mel untuk tugasan seharian, peralihan kepada sistem Blackberry adalah langkah bijak yang tidak perlu dikesali. Anda mungkin menyesal kerana tidak bertukar kepada sistem ini lebih awal.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Khamis, 5 Julai 2007

Masalah Saiz Peti Email

E-MEL adalah kemudahan perhubungan popular yang selalu digunakan sejak akhir-akhir ini kerana ia lebih cekap berbanding kemudahan perhubungan yang lain.

B
agaimanapun e-mel juga mempunyai kekangannya sendiri terutamanya saiz peti e-mel penerima.

Kebanyakan e-mel berasaskan web, oleh itu saiz maklumat yang diterima adalah bergantung kepada saiz peti emel penerima itu sendiri.

Jika saiz ruang yang boleh digunakan untuk perti e-mel itu kecil daripada saiz e-mel yang patut diterima, maka e-mel itu akan ditolak kembali kepada penghantar.

Kita sukar menjangka sama ada peti e-mel penerima mempunyai ruang mencukupi kerana ruang e-mel pengguna berbeza di antara syarikat pemberi kemudahan.

Gmail memberikan 2,800 megabait (MB), Hotmail pula hanya memberikan 250MB, terdapat juga syarikat yang memperuntukkan hanya 10 atau 100MB saja.

Selain dari saiz kotak e-mel penerima, sesetengah pemberi kemudahan tidak membenarkan fail yang berformat zip atau exe untuk mengelakkan komputer penerima dijangkiti oleh virus atau perisian pengintip.

Kekangan di atas timbul kerana pada permulaan penggunaan e-mel, saiz fail yang perlu dihantar adalah kecil.

Apabila keadaan berubah maka kemudahan penggunaan fail semakin besar, penyedia kemudahan juga seharusnya turut berubah mengikut keperluan, namun perkara itu tidak berlaku.

Sebenarnya terdapat beberapa pemberi kemudahan yang menyediakan penyelesaian terhadap masalah ini.

Di antara penyedia kemudahan yang membenarkan kita menghantar fail bersaiz besar melalui e-mel ialah ‘sendthisfile’. Kemudahan ini boleh digunakan secara percuma di www.sendthisfile.com

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mendaftarkan alamat e-mel anda. Ia penting untuk memastikan alamat emel yang digunakan untuk menghantar adalah alamat yang sah. Satu e-mel pengesahan akan diterima di alamat e-mel yang dinyatakan.

Selepas alamat e-mel didaftarkan, anda bolehlah mula menghantar e-mel tanpa had saiz fail yang hendak dihantar.

Untuk menghantar e-mel, anda hanya perlu pergi ke laman web www.sendthisfile.com dan melakukan proses ‘Sign In’.

Skrin seperti di bawah akan dipaparkan dan anda bolehlah menghantar e-mel seperti biasa.

Walaupun anda menggunakan kemudahan email di www.sendthisfile.com namun alamat e-mel penghantar anda masih dinyatakan di dalam kandungan e-mel penerima bagi mengelakkan kekeliruan kepada pihak penerima.

Gambar 1 - Skrin penghantaran e-mel dan sisipan

Gambar 2 - Penghantaran sisipan sudah selesai

Gambar 3 - Skrin penerimaan di alamat e-mel penerima

Gambar 4 - Penerima perlu menekan pautan ‘Download’ untuk memperoleh sisipan yang disertakan.

Gambar 5 - Fail yang dihantar boleh disimpan ke dalam cakera keras dengan menekan butang ‘Save’./

Selain dapat memberi kemudahan menghantar fail bersaiz besar, ia juga boleh menerima penghantaran fail beformat .exe atau zip tanpa risiko e-mel pihak penerima menghalang penerimaan fail terbabit.

Perlu diingat bahawa fail yang dihantar akan hanya disimpan di dalam pelayan ‘sendthifile’ selama tiga hari saja.

Selepas itu ia akan dipadam. Jika anda ingin memanjangkan masa simpanan, pendaftaran untuk akaun yang berbayar boleh juga dilakukan.


Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/