Memaparkan catatan dengan label Anti Virus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anti Virus. Papar semua catatan

Rabu, 13 Jun 2007

Perisian Anti Virus : Pastikan Komputer Kita Selamat

SOALAN:
SAYA pelajar Institusi Penganjian Tinggi Awam ingin tahu mengenai jenis perisian anti virus paling sesuai untuk mengesan semua jenis virus dan bagaimana caranya mengemaskini melalui Internet?

Nuriey.
nurieysepiey_99@yahoo.com.my

JAWAPAN:
DULU komputer tidak perlukan perisian anti virus. Tapi, berbeza dengan hari ini, komputer tanpa perisian anti virus seperti mengundang padah.

Virus komputer bertindak seperti virus biasa, yang akan menjangkiti komputer dan mengakibatkan komputer "sakit" serta tidak dapat beroperasi dengan betul. Tetapi ada juga virus komputer yang tidak mendatangkan kesan yang memudaratkan, mungkin cuma sengaja untuk membuat kacau.

Antara tiga jenis virus iaitu:

- Virus sektor Boot

- Virus emel

- Virus makro

Perisian anti virus boleh mengurangkan risiko komputer dijangkiti. Bagaimanapun, kebanyakan pengguna tidak mengemaskini paten virus untuk perisian anti virus mereka menyebabkan komputer mereka terdedah kepada jangkitan.

Perisian antivirus boleh didapati secara komersial, Freeware dan Sumber Terbuka.

Antara perisian anti virus komersial termasuk Symantec AntiVirus, Norton

AntiVirus, Kasperky Antivirus, AVG AntiVirus dan lain-lain lagi.

Antara perisian anti virus dengan pelesenan Freeware ialah AVG Free Edition (free.grisoft.com), BitDefender (http://www.bitdefender.com/), Avast Home Edition (http://www.avast.com/eng/avast_4_home.html) dan lain-lain lagi.

Perisian antivirus dengan Sumber Terbuka ialah ClamAV/ClamWin (http://www.clamwin.com/) dan OpenAntiVirus.

Jika wang menjadi faktor penghalang, gunakan perisian antivirus Freeware atau Sumber terbuka. Sebagai pelajar anda layak menggunakan perisian antivirus AVG Free Edition, sebagai contoh.

Boleh dikatakan semua perisian antivirus mempunyai kebolehan untuk mengemaskini paten virus secara automatik. Cara penyelarasannya bergantung kepada perisian terbabit. Anda hanya perlu pastikan sambungan ke internet sudah tersedia supaya kemaskini boleh dilakukan.

Di samping menggunakan perisian komputer, tabiat penggunaan komputer

juga boleh mengurangkan jangkitan.

Antara tabiat yang perlu sentiasa disemai ialah:

- Tidak sembarangan membuka fail sisipan emel.

- Jangan merayau ke tempat yang meragukan seperti laman warez, laman porno, pindah turun perisian cetak rompak, dan sebagainya.

- Tidak log masuk sebagai ‘administrator’ di komputer.


Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

Rabu, 6 Jun 2007

Perisian Anti Virus Percuma

SOALAN:
BAGAIMANA cara untuk mendapatkan perisian anti virus secara percuma? Bolehkan saya mendapatkannya melalui perkhidmatan internet. Terima kasih

Norashikin Adnan
syekin@hotmail.com

JAWAPAN:
TERDAPAT beberapa perisisan anti virus percuma untuk penggunaan di rumah atau pelajar. Antara perisian yang paling popular dan berkesan ialah;
1 - AVG Anti-virus (http://free.grisoft.com);
2 - Avast! (http://www.avast.com) dan
3 - Clamwin (http://www.clamwin.com)

Untuk mendapatkannya, layari laman yang dinyatakan dan pindah turun turun

aplikasi anti virus berkenaan.

Bergantung kepada jenis anti virus, anda mungkin perlu mendapatkan lesen untuk mendapatkan kemas kini kerana sifat lazim sesebuah perisian anti virus itu memerlukan rutin kemas kini yang agak kerap.

Pengemaskinian itu penting kerana setiap hari banyak virus baru wujud dalam persekitaran perkomputeran kita, terutamanya apabila kita sering bertukar-tukar komputer dan melayari laman-laman web.

Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/