Memaparkan catatan dengan label PC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PC. Papar semua catatan

Khamis, 1 Mei 2008

Tingkat Upaya PC Lama

SOALAN:
Ingin bertanyakan kepada saudara mengenai PC laptop yang saya miliki sama ada ia boleh ditingkatkan keupayaannya atau tidak.

Laptop saya itu beroperasi di atas platform sistem operasi Windows 2000, dikuasai oleh cip pemproses Intel Pentium III 751MHz, memori RAM 128MB dan cakera keras 20GB.

Bolehkah saya menggantikan cip pemproses itu atau menambah kapasiti RAM sekurang-kurangnya untuk mendapatkan prestasi lebih baik?

Jai Faizal
jai_cool85@yahoo.com



JAWAPAN
Semuanya bergantung kepada jenis buatan dan model laptop yang anda miliki itu. Biasanya tidak mudah untuk menggantikan papan induk laptop berbanding komputer desktop, lebih-lebih lagi laptop model lama.

Jika tidak boleh menggantikan papan induk, tapi anda masih boleh cuba menambah kapasiti RAM.

Faktor itu membolehkan laptop anda mendapat jangka hayat lebih lama, lebih-lebih lagi sekiranya ia digunakan untuk automasi tugasan pejabat.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my

Rabu, 9 April 2008

PC Reboot Tiba-Tiba

SOALAN:
Saya menghadapi masalah yang mana PC sering membuat boot semula secara tiba-tiba.

Apakah sebenarnya yang terjadi kepada PC saya dan apa yang harus dilakukan?


Halimah
Shah Alam



JAWAPAN:
Ada banyak kemungkinan yang menyebabkan PC anda membuat boot semula (reboot), antaranya ialah:

1 - terdapat masalah dengan perkakasan komputer, contohnya papan induk atau RAM rosak;

2 - kemungkinan PC dijangkiti virus, misalnya virus ‘brontok’

3 - beberapa faktor yang menyebabkan PC mencetuskan ‘shutdown’, misalnya suhu CPU terlalu panas;

4 - Advanced Power Management (APM) tidak diselaraskan mengikut ketentuan sepatutnya.

Jumaat, 15 Februari 2008

PC Tiba-Tiba Mati

SOALAN:
Saya menghadapi masalah PC yang mati secara tiba-tiba. Saya sudah periksa ‘power management’ tapi hasilnya tetap sama.

Apakah masalahnya?

Faizal Aziz,
bakura_faizal@yahoo.com

JAWAPAN:
Pertamanya, perlunya anda mengimbas kembali bilakah kali terakhir perubahan sistem yang anda laksanakan sebelum masalah ini berlaku dan cuba ‘undo’ perubahan itu.

Sebenarnya ada banyak sebab mengapa PC anda menjadi begitu. Antaranya ialah: 1. Kerosakan unit pembekal tenaga.

2. Kepanasan melampau berlaku ke atas Unit Pemprosesan Pusat (CPU).

3. Kerosakan pada papan induk.

Dengan tiga kemungkinan di atas, cuba gantikan komponen yang disyaki itu dengan yang elok.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my