Khamis, 22 Mei 2008

Masalah Router Tidak Berfungsi

SOALAN:
Saya mempunyai router tanpa wayar jenama D-Link model DWL-G122rev.C. Masalahnya ialah kegagalan saya untuk menggunakan router itu dalam persekitaran Ubuntu.

Adakah cara lain untuk membolehkan saya menggunakannya dalam Ubuntu?

Derek Chui
izgt.one@gmail.com



JAWAPAN:
Sesetengah pengeluar perkakasan tidak menyediakan perisian pemacu atau dokumentasi bersama dengan perkakasan yang dibekalkan kepada komuniti sistem terbuka.

Oleh sebab itulah, ada antaranya tidak boleh digunakan. Bagaimanapun, lama kelamaan saya pasti ada pemacu tertentu yang menyokongnya.

D-Link DWL-G122rev C menggunakan set cip RALink 73 dan ia menyokong persekitaran Ubuntu versi terkini.

Anda perlu mengemaskinikan Ubuntu kepada versi terkini untuk membolehkannya menyokong perkakasan itu terus dari kotak.

Dalam pada itu, anda boleh memasang perisian pemacu itu secara manual. Dapatkan di http:// ubuntuforums.org/showthread.php?p=4732883#post4732883 dan dapatkan cara untuk memasang secara manual.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my

Sabtu, 17 Mei 2008

Cara Guna Linux

SOALAN:
Saya mempunyai dua soalan untuk diajukan kepada pihak tuan. Pertama ialah mengenai cara menggunakan perisian Linux dengan terperinci.

Soalan kedua ialah mengenai sebuah pelayan yang dibekalkan kepada saya. Bagaimanakah caranya untuk memindah naik Linux menggunakan pelayan. Diharap pihak tuan dapat membantu saya.

Toro Egawa
toroegawa_87@yahoo.com.my


JAWAPAN:
Linux boleh digunakan dalam banyak cara iaitu sebagai pelayan web, pelayan pangkalan data, desktop, firewall dan sebagainya.

Anda boleh mendapatkan banyak dokumentasi ‘how-to’ di tldp.org.

Anda juga perlu memutuskan mengenai fungsi sebenarnya dan bermulalah dari situ. Cara terbaik ialah belajar dan mengalaminya sendiri.

Linux didatangkan dengan pelbagai fungsi, justeru ada banyak cara untuk memasangnya.

Cara terbaik ialah pergi ke distro dan dapatkan dokumentasi pemasangan. Misalnya, jika anda memilih Ubuntu, anda boleh mendapat dokumentasi terperinci di https://help.ubuntu.com/community/Installation atau Fedora di http://docs.fedoraproject.org/install-guide/


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my

Pemacu Cakera USB Gagal Dicapai

SOALAN:
Saya ada membeli satu pemacu cakera keras luaran USB berkapastiti 120 gigabait (GB).

Masalahnya sekarang ialah, saya gagal mencapai semua data yang ada di dalamnya menggunakan PC. Dan apabila saya klik ikon ‘My Computer’, pemacu cakera keras luaran itu dikenal pasti.

Saya sudah menukar kabel USB dan masih tidak berjaya. Lebih parah lagi, apabila cakera kera itu disambungkan, komputer terus berhenti dan tergantung (hang).

Azizah

JAWAPAN:
Anda perlu mengenal pasti sama ada cakera keras luaran itu berada dalam keadaan baik dan sedia melakukan tugasan.

Cuba sambungkannya ke komputer lain dan lihat hasilnya sama ada ia mengalami gejala yang sama atau tidak.

Sekiranya perkara sama berlaku, mungkin terdapat masalah pada cakera keras anda. Jika sebaliknya, mungkin anda perlu menyemak komputer yang digunakan.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my

Rabu, 14 Mei 2008

Kaedah Sekat Laman Web

SOALAN:
Saya mempunyai tiga komputer di rumah dan berkongsi talian Internet menggunakan router yang dibekalkan oleh TMNet (Streamyx).

Selain daripada menggunakan konfigurasi router, adakah cara lain untuk menghalang laman web tertentu daripada dilayari ahli keluarga. Contohnya laman web pornografi.

Arranox Nasruddin
arranox@yahoo.com


JAWAPAN:
Kaedah terbaik mengenai penapisan ialah kesedaran pada diri sendiri dan pendidikan.

Bagaimanapun, memang ada cara untuk menghalang alamat domain tertentu yang anda tidak mahu lawati.

Tukarkan tetapan dns untuk menggunakan opendns.org yang mana ia adalah perkhidmatan dns dengan ciri yang tidak ada pada perkhidmatan dns lain.

opendns.org bercirikan penapis kandungan, penyekat domain dan penapis laman web lucah. Pengguna boleh memilih kategori laman web yang hendak dihalang

Bagaimanakah ia dihalang? Komuniti di sebalik tabir opendns.org membantu mengkategorikan laman web yang sudah ditandakan dan membuat undian sama ada ia daripada kategori penanda yang selamat atau sebaliknya.

Cara menggunakannya amat mudah yang mana pengguna hanya perlu menaip alamat laman web terbabit.

Misalnya, www.hmetro.com.my. Pertanyaan ini akan dihantar ke pelayan dns yang dipasang di komputer atau router kita. Dalam kes ini, ia adalah pelayan opendns.org.

Pelayan opendns.org akan mengenal pasti sama ada laman web itu berada dalam kategori yang disekat atau tidak.

Jika ia berada dalam kategori disekat, maka ia akan kembali dan memaparkan mesej ralat. Jika tidak, ia akan keluar seperti biasa.

Ikuti langkah berikut untuk menggunakan pelayan opendns.org:

- masuk ke http://opendns.org dan klik ‘get started’
- pilih persekitaran yang betul. Dalam kes anda, pilih untuk menukar tetapan DNS dalam router;
- pilih router dan ikut saja arahan diberi;
- daftar dan log masuk untuk membolehkan anda melaraskan perkhidmatan.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my

Khamis, 1 Mei 2008

Tingkat Upaya PC Lama

SOALAN:
Ingin bertanyakan kepada saudara mengenai PC laptop yang saya miliki sama ada ia boleh ditingkatkan keupayaannya atau tidak.

Laptop saya itu beroperasi di atas platform sistem operasi Windows 2000, dikuasai oleh cip pemproses Intel Pentium III 751MHz, memori RAM 128MB dan cakera keras 20GB.

Bolehkah saya menggantikan cip pemproses itu atau menambah kapasiti RAM sekurang-kurangnya untuk mendapatkan prestasi lebih baik?

Jai Faizal
jai_cool85@yahoo.com



JAWAPAN
Semuanya bergantung kepada jenis buatan dan model laptop yang anda miliki itu. Biasanya tidak mudah untuk menggantikan papan induk laptop berbanding komputer desktop, lebih-lebih lagi laptop model lama.

Jika tidak boleh menggantikan papan induk, tapi anda masih boleh cuba menambah kapasiti RAM.

Faktor itu membolehkan laptop anda mendapat jangka hayat lebih lama, lebih-lebih lagi sekiranya ia digunakan untuk automasi tugasan pejabat.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my

Mengatasi Serangan Spyware

SOALAN:
Apakah itu Spyware (perisian pengintip) dan bagaimana caranya untuk mendapatkan software percuma dari Internet yang boleh menyekat atau membuang ‘Spyware’ di dalam komputer?

Sayur Bayam
sayur_bayams@yahoo.com



JAWAPAN:
Perisian pengintip atau Spyware ialah program yang memasang dirinya sendiri tanpa pengetahuan anda dan biasanya ia akan memantau pergerakan pengguna, malah lebih parah lagi ia akan mengawal penggunaan komputer itu.
Antara gejala yang menandakan komputer anda sudah dijangkiti spyware ialah:

- ia mengalihkan semula kunjungan anda ke sesuatu laman web ke laman lain

- iklan ‘pop-up’

- capaian Internet menjadi perlahan

- prestasi komputer menjadi lembab

- komputer menjadi tidak stabil

Terdapat beberapa perisian anti spyware percuma seperti:

- Spybot Search and Destroy (http://www.safer-networking.org/en/home/)

- Lavasoft Ad-Aware SE (http://www.lavasoft.com/)

- Microsoft Windows Defender (http://www.trendsecure.com/portal/en-US/threat_analytics/hijackthis.php)

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my