Isnin, 11 Jun 2007

Linux Pelbagai Kegunaan

SOALAN:
SAYA berminat untuk mencuba Linux selepas membaca beberapa artikel mengenainya. Adakah caranya untuk mencuba ke atas komputer sedia ada saya? Bagaimanapun, saya tidak mahu ia mengganggu komputer dan data sedia ada.

Ingin Tahu,
devnol@yahoo.com

JAWAPAN:
LINUX ialah satu sistem operasi (OS) yang semakin popular dan banyak digunakan ketika ini. Kebanyakannya perlu dipasang terus ke cakera keras. Namun cara itu akan memusnahkan data sedia ada jika tidak membuat pembahagian ke atas cakera keras itu.

Sebenarnya Linux boleh di’boot’kan terus dari CD atau DVD. Kaedah itu dipanggil LiveCD/liveDVD.

Dengan LiveCD, OS Linux akan dipasang ke dalam RAM tanpa mengganggu data

di dalam cakera keras. Anda sudah boleh menggunakan persekitaran Linux dan jika anda suka, bolehlah terus di pasang ke dalam cakera keras. Senarai LiveCD boleh didapati di http://www.frozentech.com/ content/livecd.php.

Memandangkan Linux boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan, contohnya digunakan sebagai ‘Firewall’, pilihlah LiveCD yang sesuai.

Jika anda ingin kembali menggunakan Windows, pilihlah Desktop atau OS Replacement.

Setelah anda memindah turun fail ISO, gunakan perisian penulis CD yang ada untuk mamasukkan ISO ke dalam CD. Sebelum itu pastikan komputer boleh boot dari CD. Selepas boot komputer, Linux akan dimulakan dan dipasang ke dalam RAM komputer.

Untuk memulakannya, anda boleh log masuk dan mulalah mengalami persekitaran Linux.

Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

Tiada ulasan: