Selasa, 26 Jun 2007

Cara Betul Laksana Knoppix Live CD

SOALAN:
Bagaimana hendak melaksana Knoppix Live CD? Saya sudah memindah turun Fail Knoppix sebagaimana berikut KNOPPIX_V5.0.1CD-2006-06-01-EN.iso, KNOPPIX_V5.0.1CD-2006-06-01-EN.iso.md5 dan beberapa jenis fail lagi.

S
aya sudah memasukkannya ke dalam CD dan cuba untuk membuat boot secara langsung (live). Bagaimana komputer tidak membuat boot dari CD terbabit.

Bagaimanakah cara yang betul untuk melaksanakan Knoppix dari CD?

Apakah fail-fail yang perlu ada di dalam CD untuk membolehkan Knoppix dilaksanakan dari CD.

Hanim,
tanimcg@streamyx.com

JAWAPAN:
Knoppix ialah Live CD untuk sistem operasi Linux. Live CD ialah CD yang boleh di boot dan mengoperasikan sistem operasi (OS) yang sudah ditetapkan. Dengan Knoppix, OS Linux akan dilaksanakan di komputer anda.

Knoppix tidak akan mengganggu cakera keras kerana OS dimasukkan ke dalam memori RAM secara sementara. Selepas proses boot dilaksanakan, anda boleh menggunakan OS terbabit untuk pelbagai kegunaan.

Terdapat beberapa jenis Live CD Linux dengan tugasan yang berbeza.

Contohnya sebagai Firewall, gantian Desktop, pusat Multimedia dan banyak lagi.

Jenis fail dengan sambungan .iso ialah fail jenis image yang boleh simpan di dalam CD untuk terus di boot.

Sambungan .md5 pula membekalkan nilai ‘checksum’ bagi fail .iso terbabit supaya anda boleh pastikan fail tersebut dalam keadaan baik dan tidak rosak.

Cara menyimpan (membakar CD) image .iso adalah berbeza bergantung kepada apikasi yang digunakan.

Jika menggunakan ISO Recorder V2 Power Toy, dapatkan dan pasangkan aplikasi dari laman web http://isorecorder.alexfeinman.com/isorecorder.htm.

Ikuti langkah berikut:

1. di Explorer, klik kanan fail .iso anda

2. pilih "Copy image to CD"

3. ikuti langkah pelaksanaan "CD Recording Wizard"

Jika menggunakan Roxio Easy Media Creator 7. Dapatkan versi cubaan dari http://www.download.com/Roxio-Easy-Media-Creator/3000-2646_4-10409252.html

Ikuti langkah berikut:

1. Laksanakan "Creator Classic"

2. Pilih "Other Tasks"

3. Pilih "Burn from Disc Image File"

4. Cari dan pilih fail .iso anda

Jika menggunakan aplikasi Nero Burning ROM. Ikuti langkah di bawah.

1. laksanakan aplikasi

2. Pilih Recorder

3. Pilih "Burn Image"

4. Pilih fail .iso anda

Menggunakan Nero Express 6. Ikuti langkah di bawah.

1. laksanakan aplikasi

2. Pilih "Disc Image or Saved Project"

3. Pilih fail .iso anda

4. Pilih kelajuan CD Burner anda

5. Klik Next untuk Burn

Aplikasi Nero boleh dipindah turun dari laman web menggunakan alamat http://nero.com

Selepas anda buat (burn) CD, tukarkan BIOS komputer untuk boot dari CD. Kemudian, reboot komputer anda dan ikuti arahan di paparan untuk melaksanakan Knoppix.

Selamat mencuba..


Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

Tiada ulasan: