Isnin, 25 Jun 2007

Pindah Turun Perisian Pemacu

SOALAN:
Saya ingin bertanya mengenai cara memindah turun secara percuma perisian pemacu bagi alat pengimbas Canoscan D646U EX dari laman web.

Apakah alamat laman web yang perlu saya kunjungi ? Saya sudah mencubanya beberapa kali, tapi tidak berjaya dan kebanyakannya berbayar. Bantuan tuan amat dihargai dan ribuan terima kasih.

Butterf|y,
cupcake_missy@yahoo.com

JAWAPAN:
Setiap perkakasan atau peranti yang dibeli biasanya didatangkan dengan perisian pemacu dalam bentuk CD secara percuma.

Bagaimanapun, jangan cepat panik atau bimbang sekiranya CD itu hilang dan berlaku kegagalan berfungsi kepada perkakasan berkenaan, kerana biasanya ia boleh dipindah turun terus dari laman web pengeluarnya.

Dari nama model perkakasan yang anda beri, saya mengandaikan ia adalah keluaran Canon yang mana anda boleh terus mendapatkannya dari laman web gergasi terkenal Jepun itu.

Layari laman web www.canon.com.my dan klik pautan atau ikon "support & downloads".

Paparan berikutnya ialah senarai jenis perkakasan. Pilih "scanners"

dan cari model yang sepadan dengan pengimbas yang anda miliki, lalu pindah turunlah perisian pemacu yang sesuai dengan sistemoperasi (OS) anda.

Alamat terus untuk memindahkan perisian pemacu itu ialah: http://www.canon-asia.com/index.jsp?fuseaction=support&prod_type=scanner&country=MY

Secara amnya, mencari perisian pemacu amat mudah kerana menjadi kebiasaan bagi pengeluar menyediakannya di laman web mereka.

Jika tidak tahu alamat, gunakan enjin pencari seperti Yahoo! atau Google untuk memudahkan anda mendapat alamat pengeluar itu.


Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

Tiada ulasan: