Khamis, 14 Jun 2007

SOALAN:
SAYA melanggan perkhidmatan jalur lebar untuk kegunaan keluarga. Namun, saya ingin meluaskannya ke perkhidmatan tanpa wayar supaya dapat melayari Internet dari mana saja di rumah. Untuk makluman, saya mempunyai sebuah komputer desktop tanpa sebarang peralatan sokongan untuk membolehkannya berfungsi tanpa wayar dan sebuah komputer notebook dengan pemprosesan Centrino.

Abdul.Fatah@gmail.com
Petaling Jaya, Selangor

JAWAPAN:
UNTUK berkongsi perkhidmatan jalur lebar menggunakan lebih dari satu komputer, anda perlu mengubah cara komputer dirangkaikan.

Anda perlu menyediakan sebuah peranti yang dikenali sebagai Access Point (AP) dan kad antaramuka rangkaian tanpa wayar (NIC) untuk komputer desktop anda.

Terdapat beberapa AP yang boleh digunakan seperti Dlink, Netgear, Linksys dan 3com. Jika anda di Kuala Lumpur, Plaza Low Yatt adalah tempat paling sesuai untuk mencari perkakasan seperti itu.

Pesta jualan PC, Pikom PC Fair juga akan berlangsung tidak lama lagi. Pelbagai peralatan atau perkakasan anda boleh peroleh di situ, malah mereka juga boleh menunjukkan cara memasang.

Vendor yang tersebut di atas juga membekalkan NIC tanpa wayar. Ia boleh diperoleh dalam bentuk slot PCI dan USB. Saya mencadangkan supaya anda membeli NIC dengan sistem penyambungan USB kerana ia lebih memudahkan.

Jika sebelum ini anda biasa menggunakan sambungan manual (pppoe dialer atau klik pada ikon di Desktop atau "Settings/Connections") untuk bersambung ke Internet, namun, sekarang anda perlu tukar pelarasan modem ADSL anda dari sambungan manual kepada sambungan automatik.

Cara menukar pelarasan bergantung kepada jenis modem ADSL anda. Sukar untuk dinyatakan di sini, kerana anda perlu merujuk kepada manual perkakasan anda.


Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

Tiada ulasan: