Selasa, 19 Jun 2007

Mahu Format Cakera Keras

SOALAN:
SAYA mempunyai masalah dengan pemacu cakera keras komputer. Ini kali ketiga komputer saya diformat. Saya ingin belajar cara memformat yang betul menggunakan kaedah langkah demi langkah.

Saya berbelanja kira-kira RM200 untuk memformat komputer. Setiap kali bermasalah, saya diminta memformat semula cakera kerasnya dan tidak sanggup lagi berbelanja hanya sekadar diformat.

Saya mendapat tahu cara format cakera keras amat mudah. Bagaimanakah caranya?

Khai,
khai_ilahqd@yahoo.com

JAWAPAN:
FORMAT cakera keras selalunya dilakukan sekali sahaja. Jika dikehendaki memformat berulang kali, mungkin ada kerosakan pada perkakasan atau persekitaran Sistem Operasi (OS) anda.

Cara format bergantung kepada versi OS dan juga sambungan ke cakera keras. Saya andaikan anda menggunakan Sistem Operasi Windows XP/2000.

Jika mempunyai lebih satu cakera keras atau satu cakera keras yang ada lebih daripada satu pembahagian, dan anda mahu format cakera keras atau pembahagian yang bukan utama, ikuti langkah berikut bagi variasi

OS Windows:

- klik My Computer

- klik File > Format

- Satu tetingkap akan dipaparkan. Pilih pilihan yang berkenaan dan klik Start.

Pastikan anda sudah membuat salinan ke atas data penting sama ada ke CD atau lain setoran.

Anda perlukan CD OS, jika mahu format cakera keras atau pembahagian utama yang mana OS sudah dipasang di situ.

Bagi platform Windows XP/2000, ikuti langkah berikut:

- pastikan komputer boleh diboot dengan CD. Jika tidak, sebelum masuk ke pelarasan BIOS bagi menentukan turutan boot. Bergantung kepada BIOS yang digunakan. Sebaik menghidupkan PC, anda perlu tekan kekunci F2 atau Del untuk masuk ke tetingkap menu pelarasan BIOS.

Cari pilihan untuk mengubah turutan boot dan tetapkan CD sebagai pilihan boot pertama.

- Setelah komputer boot daripada CD, anda akan dibawa ke paparan Welcome to Setup. Tekan kekunci Enter.

- Untuk menerima lesen Microsoft, tekan kekunci F8.

- Jika Setup dapat mengesan OS yang sudah dipasang, anda diberi pilihan untuk membetulkan OS berkenaan. Tekan kekunci Esc untuk melepasinya.

- Kemudian paparan baru dengan senarai cakera keras dan pembahagian di dalam PC. Pilih cakera keras atau pembahagian yang hendak diformat.

Anda boleh membuang dan membuat pembahagian baru di paparan ini.

- Pilih partition untuk pemasangan OS Windows XP/2000

- Pilih ‘Format the partition by using the NTFS file system (Quick)’ terbaik untuk OS XP/2000.

- Langkah seterusnya akan format cakera keras atau partition anda.

Ikuti arahan di paparan untuk pemasangan OS Windows XP/2000.

Selepas Setup selesai, anda perlu keluarkan CD Setup dan boot semula komputer anda.


Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

Tiada ulasan: