Rabu, 20 Jun 2007

Teknik Selamat Keluarkan Pemacu USB

SOALAN:
Baru-baru ini saya berdepan dengan masalah untuk mengeluarkan pemacu setoran memori ‘flash’ USB.

Setiap kali hendak dikeluarkan, akan keluar kekotak amaran yang memberitahu 'generic volume' tidak dapat dihentikan. Dan perlu cuba lagi pada masa yang lain.

Saya ingin mengetahui apa puncanya dan bagaimana cara mengatasi masalah itut? Adakah komputer notebook saya bermasalah? Dan apakah akan terjadi sekiranya saya keluarkan sahaja pemacu setoran USB? Adakah ia boleh menyebabkan kerosakan sama ada pada kandungan atau pemacu itu sendiri?

Mizz Putih,
mizz_putih@yahoo.com

JAWAPAN:
Amaran dari Windows menyatakan sistem operasi (OS) tidak dapat menyudahkan proses-proses supaya pemacu setoran memori ‘flash’ USB atau ada yang mengenalinya sebagai ‘thumbdrive’ atau ‘pendrive’ dapat dikeluarkan dengan selamat.

Jika anda sudah tunggu beberapa minit tetapi masih juga diganggu oleh kekotak amaran berkenaan, anda perlu menyemak semula bahawa tidak ada aplikasi atau program yang masih menggunakan peranti setoran USB terbabit.

Contohnya, pastikan tidak ada program "explorer" atau aplikasi lain seperti helaian elektronik, penyunting teks dan lain-lain aplikasi yang masih mencapai peranti USB itu.

Cara mudah ialah dengan menutup semua aplikasi yang ada, baru cuba

keluarkan pemacu setoran USB itu.

Pemasalahan itu tidak ada kena mengena dengan notebook anda. Ia berkaitan dengan percubaan Windows untuk mendapat hak mutlak ke atas USB tapi tidak berjaya kerana ia masih digunakan.

Jika anda tidak menghiraukan amaran itu dan terus mengeluarkan pemacu setoran USB terbabit, kemungkinan untuk data atau kandungan yang ada di dalam menjadi rosak dan hilang tetap ada. Namun pemacu setoran USB itu tidak akan rosak.


Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

Tiada ulasan: