Selasa, 5 Jun 2007

Buat Live CD Untuk Foresight Linux

SOALAN:
Saya hendak membuat ‘Live CD’ untuk ‘Foresight Linux’. Oleh itu saya perlu memindah turun fail-fail iso tapi ia mengambil masa yang lama. Di harap saudara dapat memberi idea kepada saya untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih

Roselina,
ferroselina@yahoo.com

JAWAPAN:
Kelajuan memindah turun fail bergantung kepada beberapa perkara. Antaranya ialah jalur lebar dan ‘hops’ loncatan, stesen perhubungan (node) yang perlu diambil untuk ke pelayan.

Jalur lebar memainkan peranan kerana secara amnya, lebih besar jalur lebar itu, maka lebih laju kadar kelajuan pemindahan.

Contohnya, pemindahan fail lebih laju jika menggunakan jalur lebar berbanding dail masuk.

Jalur lebar talian di antara penyedia perkhidmatan dan jalur lebar pelayan juga menentukan kadar kelajuan pemindahan fail anda.

Bilangan stesen perhubungan yang perlu dilalui juga akan mempengaruhi kelajuan perpindahan.

Pemindahan fail lebih cepat jika anda mengambil fail dari pelayan di Malaysia, berbanding menggunakan pelayan di luar negara.

Untuk menyelesaikan masalah anda, dapatkan fail berkenaan menggunakan penyambungan jalur lebar yang lebih besar, sama ada melanggani jalur lebar dengan kadar tinggi atau gunakan talian pejabat atau universiti atau sahabat yang memiliki jalur lebar besar.

Kebanyakan pengedaran Linux memiliki tapak berkembar (mirrors), iaitu pelayan yang menganjurkan fail berkenaan di negeri lain.

Bagaimanapun, Foresight Linux tidak mempunyai tapak berkembar itu. Oleh itu anda tidak boleh mengurangkan loncatan bilangan stesen perhubungan untuk ke pelayan terdekat.

Sebagai contoh, layari laman Ubuntu di http://www.ubuntu.com/getubuntu/download dan lihat senarai ‘mirrors.’

Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

Tiada ulasan: