Rabu, 6 Jun 2007

Kemaskini Perisian Pemacu

SOALAN:
ASSALAMUALAIKOM saudara. Saya inginkan pendapat mengenai pengemaskinian perisian pemacu secara online dan apakah kesannya?

Tyrex,
tyrex@streamyx.com

JAWAPAN:
UNTUK makluman anda dan pembaca, banyak perisian pemacu berada di dalam komputer peribadi kita. Boleh dikatakan setiap komponen atau perkakasan mempunyai perisian pemacu masing-masing.

Begitu juga dengan sistem operasi (OS), hendaklah dikemaskini setiap kali diperlukan. Pengemaskinian perisian pemacu secara online terbahagi kepada dua:

1. Penggunaan Windows Update di OS Windows XP/2000/2003

Penggunaan Windows Update bukan saja memudahkan peningkatupayaan pemacu, malah meringkaskan urusan menampal setiap kelemahan yang ada pada OS terbabit. Bagaimanapun, biasanya khidmat itu memerlukan talian yang besar seperti jalur lebar.

2. Penggunaan pemacu yang dipindah turun dari pembekal perkakasan, sama ada melalui perisian pelunsur atau butang khas di perkakasan berkenaan.

Biasanya pembekal perkakasan seperti kad paparan, tetikus, dan sebagainya akan membekalkan perisian pemacu yang boleh dipindah turun menggunakan perisian pelunsur menerusi Internet. Selepas dipindah turun, pengguna perlu melaksanakan program terbabit.

Secara amnya, jika anda menggunakan OS Windows XP/2000/2003, ia boleh mengulang semula proses tingkat upaya atau naik taraf perisian pemacu yang tidak berjaya.

Caranya ialah:

- klik butang Start

- klik Control Panel

- klik Systems

- Di tetingkap “System Properties”, klik tab Hardware

- klik “Device Manager”

- di tetingkap “Device Manager”, dwi klik perkakasan berkenaan.

- di tetingkap perkakasan itu, klik tab “Driver”

- Kemudian anda boleh klik “Update Driver...” untuk naik taraf perisian pemacu, atau “Roll Back Driver...” jika naik taraf tidak berjaya.

Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

Tiada ulasan: