Selasa, 3 Jun 2008

Beza Quick Format Dengan Full Format

SOALAN:
1. Mengapa sesebuah pemacu cakera keras itu lebih baik diformat menggunakan Quick Format kerana sistem operasi (OS) komputer peribadi (PC) lama saya lebih mudah mengalami kerosakan apabila diformat menggunakan Full Format. Sebaliknya tidak ada apa-apa berlaku jika saya format menggunakan Quick Format. Tapi tiada masalah pada PC baru yang diformat menggunakan Full Format.

2. Apa perbezaan di antara kedua-dua jenis format di atas dan kesannya kepada pemacu cakera keras?

3. Apakah kesan yang berlaku dari segi jangka hayat kepada pemacu cakera keras jika diformat dengan kedua-dua kaedah di atas?

Diharap pihak tuan dapat membantu saya menjelaskan pemasalahan ini kerana cakera keras yang pernah saya gunakan rosak dan kini sudah menunjukkan tanda-tanda untuk rosak kembali.

Muhammad Rahmat
amat_ateh@yahoo.com



JAWAPAN:
Apabila kita membuat Full Format, semua data akan dibuang dan imbasan akan dilakukan ke atas sektor yang rosak.

Ia akan memastikan data tidak akan ditulis di atas sektor yang rosak. Bagaimanapun, imbasan sektor rosak itu akan mengambil masa.

Quick Format akan membuang data, tetapi tidak mengimbas sektor yang rosak. Sebab itulah ia dilakukan dengan pantas.

Jika ada sektor rosak dan tidak pula diimbas, kemungkinan itulah sebabnya masalah anda berulang kembali.

Sekiranya anda seorang yang kurang sabar, lakukan Quick Format tapi apabila selesai, lancarkan ‘scandisk’ untuk mengimbas sektor rosak. Ketika scandisk beroperasi, anda bolehlah pergi membuat kerja lain seperti menonton TV atau makan malam.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my

Tiada ulasan: