Khamis, 24 April 2008

Beza Hub, Switch dan Router

SOALAN:
Saya ada satu persoalan yang memeningkan kepala hingga sekarang iaitu mengenai perbezaan di antara hab, suis dan router.

Jika dilihat dengan mata kasar, ia kelihatan sama, tapi memiliki fungsi berbeza.

Saya berharap tuan dapat menghuraikan mengenai perbezaan, fungsi dan cara penggunaan ketiga-tiga alat utama untuk sistem rangkaian dan Internet itu.


Khairul Amiruddin
kouji_khai88@yahoo.com


JAWAPAN:
Ramai orang keliru dengan ketiga-tiga peralatan yang anda sebutkan itu kerana dari segi reka bentuk memang nampak sama, tapi hakikatnya ia memiliki nama dan fungsi berbeza.

Biasanya hab digunakan untuk menyambungkan 'segmen-segmen' di dalam sistem rangkaian. Ia memiliki banyak pelabuh dan isyarat akan disalurkan ke setiap pelabuh itu.

Lebar lajur akan dikongsi bersama di antara pelabuh-pelabuh itu dan ia beroperasi di lapisan pertama (Layer 1) atau lapisan fizikal di dalam model rujukan Antarapenyambungan Sistem Terbuka (OSI).

Suis pula digunakan untuk memperluaskan atau menyambungkan 'segmen' di dalam rangkaian.

Sebuah suis memiliki banyak pelabuh, tapi 'kerangka-kerangka' dipanjangkan ke pelabuh yang sudah ditentukan.

Setiap pelabuh mempunyai lebar lajur sendiri dan ia beroperasi di lapisan kedua (Layer 2) di dalam model rujukan OSI.

Sementara router pula digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih rangkaian dan subrangkaian.

Sesebuah router mempunyai beberapa pelabuh dan paket akan disalurkan ke sistem rangkaian yang ditentukan. Router beroperasi di Lapisan ketiga (Layer 3) model rujukan OSI.

Untuk memudahkan pemahaman anda, lihat gambarajah contoh rangkaian ethernet di bawah:

Merujuk gambarajah itu, komputer yang disambungkan ke hab (H1 dan H2) akan mendapat isyarat secara terus ke komputer lain disebabkan penggunaan lebar lajur.

Komputer yang terhubung kepada suis hanya akan mendapat kerangka yang hanya dikhususkan untuknya.

Dalam pada itu, komputer yang terhubung kepada suis akan menghantar isyarat ke komputer terhubung ke hab yang membawa makna bahawa semua komputer yang terhubung ke hab yang sama akan mendapat isyarat itu juga.

Namun begitu, komputer yang terhubung ke hab menghantar kerangka ke komputer yang terhubung ke suis, hanya komputer yang ditentukan saja akan mendapat kerangka itu.

Router yang menghubungkan dua rangkaian akan menghalakan paket-paket di antara keduanya.

Bagaimanapun, sekarang sudah ada peranti yang memiliki fungsi bagi kedua-dua suis dan router hingga menyebabkan untuk membezakannya lebih sukar.

Misalnya, kebanyakan modem ADSL yang dilengkapi beberapa pelabuh adalah router dan suis atau hab.

Ia menjadi router disebabkan keupayaannya menghubungkan rangkaian anda dengan rangkaian penyedia perkhidmatan Internet (ISP) dan ia menjadi hab atau suia apabila memiliki beberapa pelabuh yang menghubungkannya ke segmen lain di dalam sistem rangkaian setempat (LAN) anda.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Ahad, 20 April 2008

Hati-Hati Layari Laman Web

SOALAN:
Saya menggunakan Internet untuk tempoh melebihi lima jam sehari merangkumi aktiviti pembayaran bil hingga aktiviti berkaitan pembelajaran dan hiburan.

Disebabkan penggunaan yang tinggi dan jumlah halaman yang dilayari juga agak banyak itu, ia agak membimbangkan kerana mungkin tanpa disedari saya berkemungkinan melayari laman web yang tidak sah dan salah dari segi undang-undang negara.

Bagaimanakah caranya hendak memastikan laman yang saya lawati itu sah dan tidak menyalahi undang-undang.

Satu lagi soalan saya, apakah status penggunaan perkongsian (peer-to-peer) P2P di Malaysia?

Ruslinudin Ab Wahab
ultiga@gmail.com



JAWAPAN:
Saya bukannya seorang pengamal undang-undang untuk memberikan jawapan terbaik kepada persoalan ini.

Bagaimanapun, apa yang boleh saya katakan ialah sesuatu perkara yang melanggar undang-undang di dunia nyata ada persamaannya dengan dunia siber.

Memang tidak dapat disangkal terdapat laman web yang amat nyata melanggar undang-undang.

Apa yang dapat saya katakan, lebih baik berhati-hati dan ‘tepuk dada tanyalah selera dan iman’.

Bagi menjawab soalan kedua, P2P satu tindakan yang sah disisi undang-undang, melainkan fail yang hendak dikongsi itu tidak tertakluk di bawah Akta Hakcipta.

Ada beberapa laman dan komuniti terutamanya yang bergerak di atas platform Sistem Terbuka, menggunakan protokol P2P untuk mengedarkan produk. Contohnya penyedia Linux dan BSD.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Operasi Active Server Pages

SOALAN:
Saya ingin bertanya dua soalan iaitu:

1. Adakah penggunaan IIS dari Microsoft XP membolehkan saya mengoperasikan pelayan Active Server Pages sendiri di rumah?

2. Adakah tahap keselamatan pelayan itu terjamin?

Harm D
thirdpartyrevenge@gmail.com



JAWAPAN:
Anda boleh menambah IIS ke dalam Windows XP Pro. Ikuti langkah-langkah yang dinyatakan di bawah:



Masukkan CD-Rom Windows XP Professional ke dalam pemacu cakera PC anda;

Klik Start > Settings > Control Panel
Klik Add/Remove Programs
Klik Add/Remove Windows Components
Klik Internet Information Services, klik OK (iis.png)

Untuk menyemak sama ada ISS itu berfungsi atau pun tidak, ikuti langkah di berikut:
Klik start > Control Panel
Klik Administrative Tools
Dwiklik ikon "IIS Manager"

Jika bercakap mengenai keselamatan sistem perkomputeran, ia adalah sesuatu yang subjektif.

Walaupun anda memiliki sebuah sistem keselamatan terbaik yang dipasang di dalamnya, tapi dibiarkan terbuka serta tidak diselaraskan dengan betul, maka ia adalah sama dengan keadaannya seperti tidak memilikinya langsung.

Beberapa tip untuk meningkatkan tahap keselamatan iaitu:
Sentiasa mengemaskinikan sistem operasi (OS);
Pastikan mempunyai kata laluan yang kukuh.
Pastikan anda menyemak skrip untuk sebarang kelemahan komputer.
Jangan mudah percaya kepada data yang dimasukkan oleh pengguna. Sentiasa menyemak dan bersihkan data.

Jangan lupa membuat semakan ke atas fail log.

klik Start > Control Panel > Administrative Tools > Event Viewer

Hanya benarkan perkhidmatan yang diminta.
Buang skrip contoh.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Sabtu, 12 April 2008

Beralih Dari Vista Ke XP

SOALAN:
Bagaimanakah caranya untuk menukar sistem operasi sedia ada atau merendahkan gred dari Windows Vista ke Windows XP?

Isham
isham4343@yahoo.com



JAWAPAN:
Beralih atau menurunkan gred PC dari Windows Vista e Windows XP tidak digalakkan kerana beberapa kekangan yang ada kaitannya dengan perisian pemacu untuk PC terbabit.

Bagaimanapun, ada sesetengah vendor yang diberi pilihan untuk membolehkan mereka merendahkan gred apabila kita membeli PC.

Vendor terbabit menyediakan perisian pemacu berkaitan untuk Windows XP untuk membolehkan pengguna merendahkan grednya ke Windows XP.

Oleh itu, untuk memastikan anda boleh beralih ataupun tidak, maka ada baiknya sekiranya anda merujuk semula kepada pembekal PC itu terlebih dulu.

Anda boleh juga mengunjungi laman web mereka dan mendapatkan maklumat sama ada terdapat perisian pemacu Windows XP untuk model PC yang anda miliki.

Jika terdapat perisian pemacu yang diperlukan, maka anda boleh beralih ke Windows XP.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Cara Pasang Sendiri Internet Di Rumah

SOALAN:
Saya ingin bertanya mengenai Internet. Bagaimanakah cara untuk memasang Internet di rumah dan apakah yang perlu saya lakukan?

Tarik Papan
tarik_papan@yahoo.com.au



JAWAPAN:
Ikuti langkah berikut untuk memasang Internet di rumah:

# Pastikan anda memiliki PC yang sekurang-kurangnya ada kad antara muka rangkaian (NIC) sama ada menggunakan kaedah berwayar atau tanpa wayar.

# Mesti ada talian telefon (berwayar atau tanpa wayar).

# Mendaftar atau melanggan dengan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP), misalnya TMnet, Jaring dan sebagainya. Ambil perhatian kerana ada antara pakej yang tidak dibekalkan dengan modem.

# Apabila modem (dail masuk, ADSL, 3G atau EDGE), anda sudah boleh menghubungkan peranti itu ke komputer dan melaraskan penyambungan.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my

Rabu, 9 April 2008

PC Reboot Tiba-Tiba

SOALAN:
Saya menghadapi masalah yang mana PC sering membuat boot semula secara tiba-tiba.

Apakah sebenarnya yang terjadi kepada PC saya dan apa yang harus dilakukan?


Halimah
Shah Alam



JAWAPAN:
Ada banyak kemungkinan yang menyebabkan PC anda membuat boot semula (reboot), antaranya ialah:

1 - terdapat masalah dengan perkakasan komputer, contohnya papan induk atau RAM rosak;

2 - kemungkinan PC dijangkiti virus, misalnya virus ‘brontok’

3 - beberapa faktor yang menyebabkan PC mencetuskan ‘shutdown’, misalnya suhu CPU terlalu panas;

4 - Advanced Power Management (APM) tidak diselaraskan mengikut ketentuan sepatutnya.

Ahad, 6 April 2008

Ketahui Rahsia Kerjaya Melalui Tarikh Lahir Anda

Sebenarnya Tarikh Lahir menyimpan 1001 rahsia diri anda seperti Sikap, Keperibadian, Kerjaya / Perniagaan, Arah Kekayaan, Arah Kejayaan, Arah Tuah, dan banyak lagi rahsia, Rahsia yang ingin saya kongsikan adalah Rahsia Kerjaya anda.

YA! Kerjaya / Perniagaan kita. Untuk makluman semua Tarikh Lahir Kita menyimpan Rahsia Kerjaya / Perniagaan yang sesuai untuk kita ceburi, jika kita ceburi kerjaya yang tidak sesuai ianya akan membuatkan kita sentiasa dalam keadaan tertekan, bertukart-tukar kerja.

Dapatkan Rahsia Kerjaya / Perniagaan anda hanya RM10.00 sahaja. Layari http://rahsia-tarikh-lahir.blogspot.com


Webmaster MahirKomputer

Gagal Log Masuk Ke Komputer

SOALAN:
Saya ingin tahu mengapa setiap kali membuat log masuk, komputer akan memaparkan satu kotak mesej yang tertulis ‘swmidi.sys’.

Untuk pengetahuan tuan, komputer saya baru diformat semula dan dipasang dengan system operasi Windows XP.

Adakah ada fail yang tertinggal atau bagaimana untuk saya mengabaikan saja tahap log masuk itu.

Hacker jr. ltd.
aku_8511@yahoo.com



JAWAPAN:
swmidi.sys ialah salah satu fail untuk system dari Microsoft. Sekiranya terdapat kehilangan salah satu fail sistem itu atau mungkin ia sudah rosak atau sudah ditukar, maka komputer tidak dapat berfungsi dengan elok.

Ini adalah langkah untuk memulih semula keadaan itu:

- Klik Start > run

- taipkan cmd

- taipkan sfc /scannow; (lihat gambar) – LETAK PIX sfcscannow1.gif

Bergantung kepada tahap teruknya kerosakan itu, anda mungkin dikehendaki memasukkan CD pemasangan Windows.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my

Jumaat, 4 April 2008

Tidak Boleh Buka Fail Excel

SOALAN:
Komputer di pejabat tempat saya bekerja tidak dapat membuka fail Microsoft Office Excel secara terus dengan hanya mengklik fail terbabit.

Saya perlu lancarkan aplikasi Excel terlebih dulu dan baru ia boleh dibuka.

Apakah puncanya dan bagaimanakah caranya untuk me ngembalikannya agar beroperasi seperti biasa.

Mad Zalan Abdul Ali
abglan@gmail.com



JAWAPAN:
Kemungkinan besar terdapat perubahan pada tahap per kongsian fail di komputer anda.

Bagaimanapun anda boleh mengubahnya semula untuk membolehkan dwiklik fail tertentu dan dibuka menggunakan aplikasi yang sepatutnya.

Windows XP menggunakan nama sambungan untuk men genalpasti program aplikasi tertentu untuk digunakan. Operasi akan gagal ke atas fail yang tiada nama sambungan.

Ikuti langkah berikut untuk memperbaiknya:

- Buka explorer, dan klik kanan fail

- Pilih "Open with..." > Choose program (GAMBAR: fileasso.png, fileasso1.png)

- Pilih program yang sesuai, sebagai contoh MS Excel

- Klik "Always use the selected program to open this kind of file"

- Klik OK

http://myzope.kedai.com.my - my-zope org


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my

Rabu, 2 April 2008

Mesej Ralat Bila Buka E-mel Yahoo!

SOALAN:
Salam, saya ada sedikit masalah apabila hendak membaca e-mel Yahoo! kerana setiap kali saya mengklik butang 'inbox', akan tertera satu mesej 'Internet Explorer has encountered a problem...' dan terdapat dua pilihan untuk saya sama ada hendak 'send error report' atau 'don't send'.

Apabila saya memilih salah satu antara dua pilihan itu, seluruh Explorer saya akan tertutup. Apakah masalah sebenar saya itu dan bagaimanakah untuk mengatasinya?

Zol Jantan
alamaya06@yahoo.com.my



JAWAPAN:
Ada banyak sebab kepada kemungkinan pemasalahan anda itu. Antara langkah yang sepatutnya anda ambil ialah cuba mengesan masalah 'troubleshoot' menggunakan langkah seperti berikut:

1. Lakukan imbasan virus atau perisian pengintip ke atas komputer.

2. Padamkan semua fail-fail sementara:

- klik Tools > Internet Options

- klik 'Delete All'

3. Pastikan tiada program yang tidak dikehendaki tapi aktif. Anda boleh mengoperasikan 'msconfig' dan semak 'Start-up' untuk melihat program yang dilancarkan secara automatik ketika boot. Untuk menyahaktifkan 'Smart Tags':

- klik Tools > Internet Options > Advanced

- klik Enable Smart Tags

4. Pastikan anda menggunakan kemaskini dan tampalan perisian terkini

5. Nyahaktifkan perisian tambahan atau sambungan pihak ketiga

klik Start > Control Panel > Internet Options > Advanced

- klik "Enable third party browser extensions"