Jumaat, 29 Jun 2007

Membentuk Dokumen PDF

KEBANYAKAN dokumen yang digunakan untuk urusan perhubungan ketika ini dihasilkan secara elektronik.

D
okumen itu juga tidak lagi dicetak atau dihantar melalui pos tetapi dihantar secara elektronik melalui e-mel.

Dokumen yang dihasilkan oleh sesuatu perisian memerlukan perisian yang sama apabila dokumen itu hendak dibuka semula.

Jika perisian yang berlainan digunakan, ia mungkin tidak boleh dibaca, atau jika boleh sekalipun, ia mungkin berubah.

Satu penyelesaian diperlukan supaya semua dokumen yang dihasilkan secara elektronik oleh sebarang perisian boleh dibuka tanpa menggunakan perisian asal.

Di antara format yang popular yang membolehkan dokumen dibuka secara elektronik tanpa penggunaan perisian asal adalah format PDF ataupun Portable Document Format.

Perisian penghasilan PDF ini satu ketika dulu perlu dibeli, namun kini terdapat banyak perisian penghasilan PDF yang boleh diperoleh secara percuma.

Di antara perisian untuk menghasilkan fail PDF yang boleh digunakan secara percuma adalah PrimoPDF yang boleh dipindah turun dari www.primopdf.com

Apabila perisian PrimoPDF dipasang di komputer, cara pengunaannya tidak seperti perisian yang lain.

Kemudahan perisian PrimoPDF ini hanya boleh dicapai menggunakan arahan Print. Itu bermakna apabila hendak mengubah sesuatu dokumen kepada format PDF, kita perlu melakukan arahan Print terlebih dulu.

Langkah yang perlu diikuti untuk membuat dokumen yang berformat PDF adalah seperti berikut:

1. Buka dokumen yang hendak diubah seperti biasa.

2. Pilih arahan Print dan pilih Printer yang bernama PrimoPDF. Tekan Ok.

3. Paparan ini akan dipaparkan, pilih pilihan yang sesuai untuk dihasilkan

4. Tekan di atas butang “Security” jika dokumen yang dihasilkan memerlukan kemudahan kata laluan.

5. Dokumen yang sudah diubah formatnya kepada format PDF akan dipaparkan untuk semakan. Anda memerlukan perisian Adobe Acrobat Reader untuk membuka fail PDF yang dihasilkan itu.

6. Perisian ini boleh diperoleh secara percuma di www.acrobat.com

7. Berikut adalah aliran format dan perisian yang diperlukan untuk menukarkan format .DOC kepada format .PDF.

Format PDF ini juga boleh digunakan untuk mengekalkan jenis huruf yang terdapat di dalam sesuatu dokumen, menerima kemasukan data di dalam bentuk borang serta penambahan elemen interaktif terhadap sesuatu dokumen.

Dokumen PDF yang dihasilkan boleh dihantar melalui e-mel kepada penerima seperti kita menghantar dokumen elektronik yang lain.


Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

Khamis, 28 Jun 2007

Panggilan Percuma Menerusi Wi-Fi di Telefon Bimbit

SETIAP hari ada saja kemudahan baru yang diwujudkan bagi memanfaatkan teknologi sedia ada. Kemudahan baru akan lahir apabila ia menepati tiga perkara iaitu prasarana, peralatan dan perisian.

B
anyak model telefon bimbit yang dilengkapi kemudahan Wi-Fi atau capaian Internet tanpa wayar. Jika pejabat anda mempunyai kemudahan Wi-Fi, pengguna boleh melayari laman web dengan mudah dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Dengan adanya telefon bimbit berupaya Wi-Fi, di pejabat pula ada kemudahan perkhidmatan Wi-Fi, setakat ini kita masih tidak membuat panggilan menggunakan telefon bimbit menerusi kemudahan Wi-Fi kerana sebelum ini tidak terdapat perisian yang membolehkan kita berbuat demikian.

Penantian kita sudah berakhir apabila perisian yang membolehkan kita membuat panggilan telefon menerusi kemudahan Wi-Fi menggunakan telefon bimbit sudah wujud. Kemudahan itu dinamakan Wi-Fi Mobile dan boleh diperoleh di www.wifimobile.com

Dengan kemudahan ini, prasarana Wi-Fi sedia ada boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon.

Oleh kerana nombor telefon didaftarkan ketika proses memindah turun perisian, maka nombor itu juga boleh digunakan untuk membuat panggilan dari telefon ke telefon yang lain.

Ikutilah langkah berikut untuk memindah turun perisian seterusnya menggunakan kemudahan Wi-Fi untuk membuat panggilan telefon secara percuma.

1. Lawati laman web www.wifimobile.com

gambar....tip1.jpg

2. Pilih, pilihan untuk kegunaan persendirian (Consumer Service). Pindah turun perisian untuk telefon bimbit. Terlebih dulu hendaklah dipastikan model telefon bimbit anda terdapat di dalam senarainya. Masukkan negara, alamat e-mel dan nombor telefon.

3. Isikan huruf sekuriti yang dipaparkan

4. Satu capaian untuk anda memindah turun perisian Wi-Fi Mobile akan dihantar ke telefon bimbit melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

gambar....tip2.jpg

5. Apabila anda mengklik di atas capaian, perisian OneFone akan dipasang di dalam telefon bimbit anda.

Gambar… tip3.jpg

6. Pilih sambungan Internet yang diinginkan dengan menekan menu > IAP, anda boleh memilih untuk menggunakan sambungan Wi-Fi atau sambungan 3G.

Gambar…tip4.jpg

5. Selepas memilih sambungan, masukkan nombor telefon yang hendak dihubungi seperti biasa. Pastikan Ikon telefon berwarna hijau sebelum membuat panggilan. Apabila panggilan dijawab, bercakaplah seperti biasa. Kualiti suara bergantung kepada kualiti sambungan Internet yang digunakan. Jika anda melanggan perkhidmatan 3G Data tanpa had, perisian ini juga boleh membuat panggilan melalui sambungan Internet 3G itu.

6. Telefon rakan anda yang sudah dipasang dengan perisian OneFone ini akan berdering seperti biasa dan perbualan boleh dilakukan seperti biasa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

7. Selepas membuat panggilan tekan Options dan pilih Hang Up untuk menghentikan panggilan.

Oleh kerana teknik panggilan ini menggunakan kemudahan Internet, anda boleh berbual di mana saja asalkan ada kemudahan Wi-Fi tanpa dikenakan bayaran panggilan telefon seperti yang biasa.

Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

Rabu, 27 Jun 2007

Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet (7 Julai 2007)

Jika anda mempunyai masalah untuk memulakan perniagaan internet yang berjaya, ataupun langsung tidak tahu mengenai potensi perniagaan internet, seminar ini menyelesaikannya dan memberi anda perspektif baru serta kaedah hingga anda juga boleh memulakan perniagaan internet anda sendiri. Teknik praktikal dan terbukti berkesan!

Ikuti dan pelajari langkah-langkah mudah memulakan perniagaan internet anda dari dua usahawan internet muda Malaysia dan tetamu jemputan mereka yang sudah berjaya melakukannya.

Bengkel sehari di Berjaya Times Square Hotel ini merupakan lanjutan kepada hotseller mereka "Rahsia Buat Duit Dengan Internet"

JOM DAFTAR SEKARANG!!! Tempat Terhad

Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet

Tarikh: Sabtu, 7 July 2007
Tempat: Berjaya Times Square & Convention Center
Kuala Lumpur

Penipuan di Internet Mudah Dilakukan

SOALAN:
SAYA ingin tahu sama ada cabutan loteri di Internet dengan jaminan hadiah lumayan, betul atau satu penipuan?

Zek Ram,
zamrm@yahoo.com

JAWAPAN:
SEPERTI di dunia nyata, anda harus berhati-hati dengan sesuatu yang boleh disyaki. Pastikan beberapa perkara:

  • Adakah sumber berkenaan boleh dipercayai?
  • Gunakan enjin carian untuk menilai kredibiliti sumber atau loteri berkenaan
  • Adakah anda perlu keluarkan duit untuk mendapatkan hadiah?
  • Adakah hadiah tidak munasabah?
  • Dan lain-lain lagi.

    Dengan kemudahan Internet, penipuan semakin mudah dilakukan. Kebanyakan penipuan seperti ini disampaikan melalui e-mel. Untuk selamat, sentiasa ingat bahawa tiada jalan mudah untuk mencapai menjadi kaya.

    Layari laman di bawah untuk mendapat kepastian, http://en.wikipedia.org/wiki/Lottery_scam dan http://en.wikipedia.org/wiki/Advance_fee_fraud


  • Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Selasa, 26 Jun 2007

    Cara Betul Laksana Knoppix Live CD

    SOALAN:
    Bagaimana hendak melaksana Knoppix Live CD? Saya sudah memindah turun Fail Knoppix sebagaimana berikut KNOPPIX_V5.0.1CD-2006-06-01-EN.iso, KNOPPIX_V5.0.1CD-2006-06-01-EN.iso.md5 dan beberapa jenis fail lagi.

    S
    aya sudah memasukkannya ke dalam CD dan cuba untuk membuat boot secara langsung (live). Bagaimana komputer tidak membuat boot dari CD terbabit.

    Bagaimanakah cara yang betul untuk melaksanakan Knoppix dari CD?

    Apakah fail-fail yang perlu ada di dalam CD untuk membolehkan Knoppix dilaksanakan dari CD.

    Hanim,
    tanimcg@streamyx.com

    JAWAPAN:
    Knoppix ialah Live CD untuk sistem operasi Linux. Live CD ialah CD yang boleh di boot dan mengoperasikan sistem operasi (OS) yang sudah ditetapkan. Dengan Knoppix, OS Linux akan dilaksanakan di komputer anda.

    Knoppix tidak akan mengganggu cakera keras kerana OS dimasukkan ke dalam memori RAM secara sementara. Selepas proses boot dilaksanakan, anda boleh menggunakan OS terbabit untuk pelbagai kegunaan.

    Terdapat beberapa jenis Live CD Linux dengan tugasan yang berbeza.

    Contohnya sebagai Firewall, gantian Desktop, pusat Multimedia dan banyak lagi.

    Jenis fail dengan sambungan .iso ialah fail jenis image yang boleh simpan di dalam CD untuk terus di boot.

    Sambungan .md5 pula membekalkan nilai ‘checksum’ bagi fail .iso terbabit supaya anda boleh pastikan fail tersebut dalam keadaan baik dan tidak rosak.

    Cara menyimpan (membakar CD) image .iso adalah berbeza bergantung kepada apikasi yang digunakan.

    Jika menggunakan ISO Recorder V2 Power Toy, dapatkan dan pasangkan aplikasi dari laman web http://isorecorder.alexfeinman.com/isorecorder.htm.

    Ikuti langkah berikut:

    1. di Explorer, klik kanan fail .iso anda

    2. pilih "Copy image to CD"

    3. ikuti langkah pelaksanaan "CD Recording Wizard"

    Jika menggunakan Roxio Easy Media Creator 7. Dapatkan versi cubaan dari http://www.download.com/Roxio-Easy-Media-Creator/3000-2646_4-10409252.html

    Ikuti langkah berikut:

    1. Laksanakan "Creator Classic"

    2. Pilih "Other Tasks"

    3. Pilih "Burn from Disc Image File"

    4. Cari dan pilih fail .iso anda

    Jika menggunakan aplikasi Nero Burning ROM. Ikuti langkah di bawah.

    1. laksanakan aplikasi

    2. Pilih Recorder

    3. Pilih "Burn Image"

    4. Pilih fail .iso anda

    Menggunakan Nero Express 6. Ikuti langkah di bawah.

    1. laksanakan aplikasi

    2. Pilih "Disc Image or Saved Project"

    3. Pilih fail .iso anda

    4. Pilih kelajuan CD Burner anda

    5. Klik Next untuk Burn

    Aplikasi Nero boleh dipindah turun dari laman web menggunakan alamat http://nero.com

    Selepas anda buat (burn) CD, tukarkan BIOS komputer untuk boot dari CD. Kemudian, reboot komputer anda dan ikuti arahan di paparan untuk melaksanakan Knoppix.

    Selamat mencuba..


    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Isnin, 25 Jun 2007

    Pindah Turun Perisian Pemacu

    SOALAN:
    Saya ingin bertanya mengenai cara memindah turun secara percuma perisian pemacu bagi alat pengimbas Canoscan D646U EX dari laman web.

    Apakah alamat laman web yang perlu saya kunjungi ? Saya sudah mencubanya beberapa kali, tapi tidak berjaya dan kebanyakannya berbayar. Bantuan tuan amat dihargai dan ribuan terima kasih.

    Butterf|y,
    cupcake_missy@yahoo.com

    JAWAPAN:
    Setiap perkakasan atau peranti yang dibeli biasanya didatangkan dengan perisian pemacu dalam bentuk CD secara percuma.

    Bagaimanapun, jangan cepat panik atau bimbang sekiranya CD itu hilang dan berlaku kegagalan berfungsi kepada perkakasan berkenaan, kerana biasanya ia boleh dipindah turun terus dari laman web pengeluarnya.

    Dari nama model perkakasan yang anda beri, saya mengandaikan ia adalah keluaran Canon yang mana anda boleh terus mendapatkannya dari laman web gergasi terkenal Jepun itu.

    Layari laman web www.canon.com.my dan klik pautan atau ikon "support & downloads".

    Paparan berikutnya ialah senarai jenis perkakasan. Pilih "scanners"

    dan cari model yang sepadan dengan pengimbas yang anda miliki, lalu pindah turunlah perisian pemacu yang sesuai dengan sistemoperasi (OS) anda.

    Alamat terus untuk memindahkan perisian pemacu itu ialah: http://www.canon-asia.com/index.jsp?fuseaction=support&prod_type=scanner&country=MY

    Secara amnya, mencari perisian pemacu amat mudah kerana menjadi kebiasaan bagi pengeluar menyediakannya di laman web mereka.

    Jika tidak tahu alamat, gunakan enjin pencari seperti Yahoo! atau Google untuk memudahkan anda mendapat alamat pengeluar itu.


    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Rabu, 20 Jun 2007

    Teknik Selamat Keluarkan Pemacu USB

    SOALAN:
    Baru-baru ini saya berdepan dengan masalah untuk mengeluarkan pemacu setoran memori ‘flash’ USB.

    Setiap kali hendak dikeluarkan, akan keluar kekotak amaran yang memberitahu 'generic volume' tidak dapat dihentikan. Dan perlu cuba lagi pada masa yang lain.

    Saya ingin mengetahui apa puncanya dan bagaimana cara mengatasi masalah itut? Adakah komputer notebook saya bermasalah? Dan apakah akan terjadi sekiranya saya keluarkan sahaja pemacu setoran USB? Adakah ia boleh menyebabkan kerosakan sama ada pada kandungan atau pemacu itu sendiri?

    Mizz Putih,
    mizz_putih@yahoo.com

    JAWAPAN:
    Amaran dari Windows menyatakan sistem operasi (OS) tidak dapat menyudahkan proses-proses supaya pemacu setoran memori ‘flash’ USB atau ada yang mengenalinya sebagai ‘thumbdrive’ atau ‘pendrive’ dapat dikeluarkan dengan selamat.

    Jika anda sudah tunggu beberapa minit tetapi masih juga diganggu oleh kekotak amaran berkenaan, anda perlu menyemak semula bahawa tidak ada aplikasi atau program yang masih menggunakan peranti setoran USB terbabit.

    Contohnya, pastikan tidak ada program "explorer" atau aplikasi lain seperti helaian elektronik, penyunting teks dan lain-lain aplikasi yang masih mencapai peranti USB itu.

    Cara mudah ialah dengan menutup semua aplikasi yang ada, baru cuba

    keluarkan pemacu setoran USB itu.

    Pemasalahan itu tidak ada kena mengena dengan notebook anda. Ia berkaitan dengan percubaan Windows untuk mendapat hak mutlak ke atas USB tapi tidak berjaya kerana ia masih digunakan.

    Jika anda tidak menghiraukan amaran itu dan terus mengeluarkan pemacu setoran USB terbabit, kemungkinan untuk data atau kandungan yang ada di dalam menjadi rosak dan hilang tetap ada. Namun pemacu setoran USB itu tidak akan rosak.


    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Selasa, 19 Jun 2007

    Mahu Format Cakera Keras

    SOALAN:
    SAYA mempunyai masalah dengan pemacu cakera keras komputer. Ini kali ketiga komputer saya diformat. Saya ingin belajar cara memformat yang betul menggunakan kaedah langkah demi langkah.

    Saya berbelanja kira-kira RM200 untuk memformat komputer. Setiap kali bermasalah, saya diminta memformat semula cakera kerasnya dan tidak sanggup lagi berbelanja hanya sekadar diformat.

    Saya mendapat tahu cara format cakera keras amat mudah. Bagaimanakah caranya?

    Khai,
    khai_ilahqd@yahoo.com

    JAWAPAN:
    FORMAT cakera keras selalunya dilakukan sekali sahaja. Jika dikehendaki memformat berulang kali, mungkin ada kerosakan pada perkakasan atau persekitaran Sistem Operasi (OS) anda.

    Cara format bergantung kepada versi OS dan juga sambungan ke cakera keras. Saya andaikan anda menggunakan Sistem Operasi Windows XP/2000.

    Jika mempunyai lebih satu cakera keras atau satu cakera keras yang ada lebih daripada satu pembahagian, dan anda mahu format cakera keras atau pembahagian yang bukan utama, ikuti langkah berikut bagi variasi

    OS Windows:

    - klik My Computer

    - klik File > Format

    - Satu tetingkap akan dipaparkan. Pilih pilihan yang berkenaan dan klik Start.

    Pastikan anda sudah membuat salinan ke atas data penting sama ada ke CD atau lain setoran.

    Anda perlukan CD OS, jika mahu format cakera keras atau pembahagian utama yang mana OS sudah dipasang di situ.

    Bagi platform Windows XP/2000, ikuti langkah berikut:

    - pastikan komputer boleh diboot dengan CD. Jika tidak, sebelum masuk ke pelarasan BIOS bagi menentukan turutan boot. Bergantung kepada BIOS yang digunakan. Sebaik menghidupkan PC, anda perlu tekan kekunci F2 atau Del untuk masuk ke tetingkap menu pelarasan BIOS.

    Cari pilihan untuk mengubah turutan boot dan tetapkan CD sebagai pilihan boot pertama.

    - Setelah komputer boot daripada CD, anda akan dibawa ke paparan Welcome to Setup. Tekan kekunci Enter.

    - Untuk menerima lesen Microsoft, tekan kekunci F8.

    - Jika Setup dapat mengesan OS yang sudah dipasang, anda diberi pilihan untuk membetulkan OS berkenaan. Tekan kekunci Esc untuk melepasinya.

    - Kemudian paparan baru dengan senarai cakera keras dan pembahagian di dalam PC. Pilih cakera keras atau pembahagian yang hendak diformat.

    Anda boleh membuang dan membuat pembahagian baru di paparan ini.

    - Pilih partition untuk pemasangan OS Windows XP/2000

    - Pilih ‘Format the partition by using the NTFS file system (Quick)’ terbaik untuk OS XP/2000.

    - Langkah seterusnya akan format cakera keras atau partition anda.

    Ikuti arahan di paparan untuk pemasangan OS Windows XP/2000.

    Selepas Setup selesai, anda perlu keluarkan CD Setup dan boot semula komputer anda.


    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Isnin, 18 Jun 2007

    Transaksi Sering Terganggu

    SOALAN:
    Saya menggunakan komputer notebook dan perkhidmatan internet untuk urusan meminjam dan memperbaharui tempoh pinjaman buku. Walau bagaimanapun, saya menghadapi masalah untuk meneruskan transaksi semasa melakukan 'klik' pada ruangan 'renew'.

    S
    ebaik sahaja saya klik pada ruangan 'renew' kedengaran sejenis 'sound' diikuti dengan paparan 'a run time error has occur', diikuti dengan 'do you wish to debug'. Apakah yang harus dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut?

    Zul,
    Sungai Petani, Kedah

    JAWAPAN:
    Laman web interaktif biasanya dinamik dan menggunakan bahasa pengaturcaraan untuk memberikan ciri interaktif kepada pengguna, sama ada di bahagian pelayan atau pelanggan.

    Contoh bahasa pengaturcaraan di bahagian pelayan termasuklah ASP, PHP, Perl, Python dan sebagainya. Contoh bahasa pengaturcaraan di bahagian pelanggan seperti JavaScript dan VBScript (terhad kepada Internet Explorer saja).

    Laman yang anda lawati mungkin mempunyai ‘bug’ pada pengaturcaraannya (bahagian pelanggan dan aplikasi pelunsur anda bertindak untuk membuat aktiviti ‘debug’.

    Jika anda menggunakan aplikasi pelunsur Internet Explorer, anda boleh ikuti langkah di bawah supaya mesej itu tidakkeluar lagi.

    1. buka pelunsur internet explorer anda atau ikuti langkah berikut (start > programs > internet explorer)

    2. di internet explorer itu, klik Tools > Internet Options

    3. klik "Advanced" di paparan "Internet Options"

    4. di bawah tajuk "Browsing" tandakan ‘ya’ untuk pilihan berikut:

    - Disable Script Debugging (Internet Explorer)

    - Disable Script Debugging (Other)

    5. buang tanda untuk pilihan

    6. Display a notification about every script error

    - klik OK

    Sebagai pengguna, anda boleh emel pembangun laman web terbabit dan berikan maklumat Internet Explorer, versi OS dan laman yang bermasalah itu supaya mereka dapat membetulkannya.


    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Khamis, 14 Jun 2007

    SOALAN:
    SAYA melanggan perkhidmatan jalur lebar untuk kegunaan keluarga. Namun, saya ingin meluaskannya ke perkhidmatan tanpa wayar supaya dapat melayari Internet dari mana saja di rumah. Untuk makluman, saya mempunyai sebuah komputer desktop tanpa sebarang peralatan sokongan untuk membolehkannya berfungsi tanpa wayar dan sebuah komputer notebook dengan pemprosesan Centrino.

    Abdul.Fatah@gmail.com
    Petaling Jaya, Selangor

    JAWAPAN:
    UNTUK berkongsi perkhidmatan jalur lebar menggunakan lebih dari satu komputer, anda perlu mengubah cara komputer dirangkaikan.

    Anda perlu menyediakan sebuah peranti yang dikenali sebagai Access Point (AP) dan kad antaramuka rangkaian tanpa wayar (NIC) untuk komputer desktop anda.

    Terdapat beberapa AP yang boleh digunakan seperti Dlink, Netgear, Linksys dan 3com. Jika anda di Kuala Lumpur, Plaza Low Yatt adalah tempat paling sesuai untuk mencari perkakasan seperti itu.

    Pesta jualan PC, Pikom PC Fair juga akan berlangsung tidak lama lagi. Pelbagai peralatan atau perkakasan anda boleh peroleh di situ, malah mereka juga boleh menunjukkan cara memasang.

    Vendor yang tersebut di atas juga membekalkan NIC tanpa wayar. Ia boleh diperoleh dalam bentuk slot PCI dan USB. Saya mencadangkan supaya anda membeli NIC dengan sistem penyambungan USB kerana ia lebih memudahkan.

    Jika sebelum ini anda biasa menggunakan sambungan manual (pppoe dialer atau klik pada ikon di Desktop atau "Settings/Connections") untuk bersambung ke Internet, namun, sekarang anda perlu tukar pelarasan modem ADSL anda dari sambungan manual kepada sambungan automatik.

    Cara menukar pelarasan bergantung kepada jenis modem ADSL anda. Sukar untuk dinyatakan di sini, kerana anda perlu merujuk kepada manual perkakasan anda.


    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Rabu, 13 Jun 2007

    Perisian Anti Virus : Pastikan Komputer Kita Selamat

    SOALAN:
    SAYA pelajar Institusi Penganjian Tinggi Awam ingin tahu mengenai jenis perisian anti virus paling sesuai untuk mengesan semua jenis virus dan bagaimana caranya mengemaskini melalui Internet?

    Nuriey.
    nurieysepiey_99@yahoo.com.my

    JAWAPAN:
    DULU komputer tidak perlukan perisian anti virus. Tapi, berbeza dengan hari ini, komputer tanpa perisian anti virus seperti mengundang padah.

    Virus komputer bertindak seperti virus biasa, yang akan menjangkiti komputer dan mengakibatkan komputer "sakit" serta tidak dapat beroperasi dengan betul. Tetapi ada juga virus komputer yang tidak mendatangkan kesan yang memudaratkan, mungkin cuma sengaja untuk membuat kacau.

    Antara tiga jenis virus iaitu:

    - Virus sektor Boot

    - Virus emel

    - Virus makro

    Perisian anti virus boleh mengurangkan risiko komputer dijangkiti. Bagaimanapun, kebanyakan pengguna tidak mengemaskini paten virus untuk perisian anti virus mereka menyebabkan komputer mereka terdedah kepada jangkitan.

    Perisian antivirus boleh didapati secara komersial, Freeware dan Sumber Terbuka.

    Antara perisian anti virus komersial termasuk Symantec AntiVirus, Norton

    AntiVirus, Kasperky Antivirus, AVG AntiVirus dan lain-lain lagi.

    Antara perisian anti virus dengan pelesenan Freeware ialah AVG Free Edition (free.grisoft.com), BitDefender (http://www.bitdefender.com/), Avast Home Edition (http://www.avast.com/eng/avast_4_home.html) dan lain-lain lagi.

    Perisian antivirus dengan Sumber Terbuka ialah ClamAV/ClamWin (http://www.clamwin.com/) dan OpenAntiVirus.

    Jika wang menjadi faktor penghalang, gunakan perisian antivirus Freeware atau Sumber terbuka. Sebagai pelajar anda layak menggunakan perisian antivirus AVG Free Edition, sebagai contoh.

    Boleh dikatakan semua perisian antivirus mempunyai kebolehan untuk mengemaskini paten virus secara automatik. Cara penyelarasannya bergantung kepada perisian terbabit. Anda hanya perlu pastikan sambungan ke internet sudah tersedia supaya kemaskini boleh dilakukan.

    Di samping menggunakan perisian komputer, tabiat penggunaan komputer

    juga boleh mengurangkan jangkitan.

    Antara tabiat yang perlu sentiasa disemai ialah:

    - Tidak sembarangan membuka fail sisipan emel.

    - Jangan merayau ke tempat yang meragukan seperti laman warez, laman porno, pindah turun perisian cetak rompak, dan sebagainya.

    - Tidak log masuk sebagai ‘administrator’ di komputer.


    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Selasa, 12 Jun 2007

    Hati-Hati Beli Laptop

    SOALAN:
    Bagaimanakah cara terbaik untuk mengenal pasti komputer notebook yang dibeli adalah tulen atau rekon?

    Emy,
    emy1237@yahoo.com.sg

    JAWAPAN:
    Soalan ini agak susah dijawab kerana ia bergantung kepada kejujuran penjual. Bagaimanapun, antara cara untuk mengelakkan dari tertipu, pastikan anda mengambil langkah-langkah berikut:

    - Pastikan anda membeli dari penjual yang sah. Jika anda membeli barang di
    pasar malam, tentu sukar dipastikan keasliannya.

    - Pastikan anda dapat semua jaminan dari pembekal barangan, bukan dari
    penjual.

    - Dapatkan sijil-sijil yang asli untuk sistem operasi dan aplikasi yang ada.

    - Pastikan keadaan fi zikal komputer notebook seperti yang anda jangkakan
    seperti sebuah barangan baru.


    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Cara Elak Iklan Kitika Layrai Internet

    SOALAN:
    Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan iklan yang selalu menganggu apabila melayari internet.

    Raja Khairuddin,
    rmkharuddin@yahoo.com

    JAWAPAN:
    Ada beberapa cara kemasukan iklan yang digunakan untuk menarik perhatian ketika pengguna melayari laman web. Antaranya pop up, pop under, penggunaan flash dan sebagainya.

    Ada juga iklan dihasilkan menggunakan program yang dipasang tanpa

    pengetahuan pengguna (spyware) atau dipasang dengan pengetahuan pengguna (adware).

    Beberapa langkah pencegahan atau pengurangan kemasukan iklan boleh dilakukan termasuk:

    - pastikan OS menggunakan patch terkini kerana program malware akan mengeksploitasi setiap kelemahannya;

    - jika menggunakan Internet Explorer, pastikan gunakan patch terkini. Anda boleh juga menggunakan browser alternatif seperti Mozilla Firefox (mozilla.com) atau Opera (opera.com);

    - baca kotak popup sebelum klik "OK". Ada juga iklan yang menyerupai kekotak dialog dari windows. Pastikan anda klik 'X' dan bukan "OK";

    - jika menggunakan Firefox, anda boleh dapatkan perluasan seperti "NoScript" untuk membenarkan penggunaan Javascript di laman-laman web tertentu yang anda percaya. Untuk mengelak iklan dari jenis flash pula, anda boleh dapatkan perluasan "Adblock";

    - jangan melayari laman web yang diragui, seperti porno, cracks, dan warez;

    - dapatkan program anti spyware seperti Spy Bot Search & Destroy, IE-SPYAD, Spyware Blaster dan Windows defender (masih dalam beta) untuk mengesan program yang diragui. Anda juga boleh menggunakan program berkenaan serentak tidak semua program boleh mengesan segala spyware dan malware;

    - browser terkini seperti Firefox, Internet Explorer dan Opera, kini mempunyai pilihan untuk menghalang pop-up. Aktifkan ciri itu.

    - jangan pasang program-program dari laman web yang diragui.


    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Isnin, 11 Jun 2007

    Linux Pelbagai Kegunaan

    SOALAN:
    SAYA berminat untuk mencuba Linux selepas membaca beberapa artikel mengenainya. Adakah caranya untuk mencuba ke atas komputer sedia ada saya? Bagaimanapun, saya tidak mahu ia mengganggu komputer dan data sedia ada.

    Ingin Tahu,
    devnol@yahoo.com

    JAWAPAN:
    LINUX ialah satu sistem operasi (OS) yang semakin popular dan banyak digunakan ketika ini. Kebanyakannya perlu dipasang terus ke cakera keras. Namun cara itu akan memusnahkan data sedia ada jika tidak membuat pembahagian ke atas cakera keras itu.

    Sebenarnya Linux boleh di’boot’kan terus dari CD atau DVD. Kaedah itu dipanggil LiveCD/liveDVD.

    Dengan LiveCD, OS Linux akan dipasang ke dalam RAM tanpa mengganggu data

    di dalam cakera keras. Anda sudah boleh menggunakan persekitaran Linux dan jika anda suka, bolehlah terus di pasang ke dalam cakera keras. Senarai LiveCD boleh didapati di http://www.frozentech.com/ content/livecd.php.

    Memandangkan Linux boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan, contohnya digunakan sebagai ‘Firewall’, pilihlah LiveCD yang sesuai.

    Jika anda ingin kembali menggunakan Windows, pilihlah Desktop atau OS Replacement.

    Setelah anda memindah turun fail ISO, gunakan perisian penulis CD yang ada untuk mamasukkan ISO ke dalam CD. Sebelum itu pastikan komputer boleh boot dari CD. Selepas boot komputer, Linux akan dimulakan dan dipasang ke dalam RAM komputer.

    Untuk memulakannya, anda boleh log masuk dan mulalah mengalami persekitaran Linux.

    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Buang Skrin Pop-up

    SOALAN:
    SAYA adalah pengguna baru dan baru belajar melayari internet. Masalahnya, setiap kali bersambung ke internet, skrin akan memaparkan pesanan pop-up - "norton internet worm protection has detected and blocked an intrusion attemp".

    Untuk pengetahuan saudara, PC saya dipasang dengan perisian anti virus oleh penjualnya.

    Diharap saudara dapat jelaskan pada saya masalah ini.

    Hamdan bin Alias,
    hamal_754@yahoo.com.my

    JAWAPAN:
    SATU perkataan yang sesuai untuk internet ialah ‘liar/wild’ atau penipu/liar kerana tiada undang-undang dan pelbagai unsur dari yang baik hingga yang sejahat-jahat unsur ada di internet.

    Apa yang berlaku kepada anda adalah fenomena biasa walaupun ia tidak sepatutnya berlaku. Maklumat dari aplikasi antivirus anda memaklumkan bahawa aplikasi itu menghalang capaian dari sumber yang tidak diketahui.

    Sebaik sahaja komputer disambungkan ke internet, komputer akan mengimbas sama ada pengguna itu yang dicurigai atau komputer yang sudah dicerobohi atau dijangkiti worm/virus.

    Tempoh hayat komputer dengan sistem operasi (OS) Windows tanpa tampalan (patch) untuk kekal bersih selepas disambung ke internet amat pendek. Daripada kajian, komputer hanya mampu bertahan lebih kurang 20 minit sebelum dijangkiti virus/worm.

    Pengguna yang bijak akan memasang aplikasi yang boleh melindungi komputer dari gejala tidak baik termasuk firewall, antivirus dan anti spyware.

    OS komputer juga mestilah selalu disunting agar kelemahan yang ada tidak digunakan penceroboh untuk menceroboh.

    Anda boleh menyahaktifkan fungsi pengemaskinian secara automatik jika anda menggunakan OS Windows.

    Ikuti langkah berikut:

    Windows 2000

    - Klik Start > Settings > Control Panel

    - Klik Automatic Update

    - Apabila kekotak dialog dipapar, tandakan "x" untuk pilihan "Keep computer updated ...". Anda punya tiga pilihan dan pilih salah satu.

    - Klik "OK"

    Windows XP

    - Klik Start > Control Panel

    - Klik System

    - Klik tab "Automatic Updates"

    - Apabila kekotak dialog dipapar, tandakan "x" untuk pilihan "Keep computer updated ...". Anda punya tiga pilihan dan pilih salah satu.

    - Klik "OK"


    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Lupa Katalaluan Administrator

    SOALAN:
    Saudara, saya ada masalah untuk log masuk ke komputer laptop kerana terlupa kata laluan akaun ‘administrator’.

    Saya buat dua akaun untuk laptop itu yang mana satu daripadanya ialah ‘guest’ dan kedua ‘administrator’.

    Disebabkan terlupa kata laluan, saya tidak dapat mencapai data serta dokumen penting yang disimpan menggunakan log masuk ‘administrator’ itu.

    Bagaiamanakah caranya untuk membuka dan mencapai data itu? Adakah perlu saya format semula cakera keras yang sudah pasti saya akan kehilangan data penting itu?

    Diharapkan pihak tuan dapat membantu saya mengatasi masalah ini. Terima kasih.

    Asma,
    aas_mystica_70@yahoo.com

    JAWAPAN:
    Kaedah yang akan saya jelaskan di bawah hanya akan berkesan ke atas pengguna ‘administrator’ pada komputer setempat (local) saja. Tidak berkesan untuk komputer berangkaian.

    Anda boleh dapatkan perisian utiliti dari internet yang membolehkan kita mengubah atau mengosongkan kata laluan ‘administrator’ itu.

    Bagaimanapun, anda harus berhati-hati kerana cara ini tidak dijamin boleh berjaya 100 peratus. Namun begitu, berdasarkan pengalaman lalu, lebih 90 peratus adalah berjaya.

    Bagi kebarangkalian 10 peratus tidak berjaya itu, adalah lebih baik jika anda membuat salinan terlebih dulu bagi data penting yang ada di dalamnya.

    Cara untuk mendapatkan semula kata laluan itu hanya boleh dilakukan secara offline yang mana komputer perlu dibootkan dari cakera padat (CD) atau cakera floppy yang akan membaca utiliti itu yang sebenarnya adalah system operasi (OS) linux.

    Untuk memudahkan, kita akan gunakan CD untuk salin dan boot ‘Image’ yang boleh diperoleh dalam laman web http://home.eunet.no/~pnordahl/ntpasswd/cd060213.zip

    Gunakan utiliti Winzip untuk menyahpadatkan fail yang baru dipindah turun itu. Windows XP akan menyahpadat secara automatik jika anda klik dua kali fail terbabit.

    Selepas dinyahpadatkan, anda akan ada fail dengan nama cd060213.iso

    Sekarang, anda perlu salinkan Image ISO ke dalam CD. Cara menyalin CD berbeza dan bergantung kepada aplikasi yang digunakan.

    Anda perlu ubah cara susunan ‘booting’ komputer. Pastikan komputer menggunakan CDROM sebagai peranti boot utama.

    Ia boleh dilakukan di dalam pelarasan CMOS. Bergantung kepada jenis BIOS yang digunakan, anda perlu tekan butang ‘Delete’ atau ‘F2’ untuk masuk ke dalam tetingkap BIOS.

    Setelah susunan peranti boot ditukar, masukkan CD tadi dan reboot komputer.

    Anda akan lihat teks berlalu dengan pantas di skrin anda. Itulah teks yang dihasilkan ketika Linux boot.

    Kemudian anda akan lihat paparan seperti Rajah 1di bawah.


    (rajah 1)


    Pilih cakera keras yang disenaraikan. Untuk komputer notebook, biasanya cakera keras yang disenaraikan ialah /dev/hdax, yang mana x ialah nombor bagi setiap pembahagian.

    Selepas itu tekan kekunci ‘Enter’, paparan seperti di Rajah 2 akan kelihatan:


    (rajah 2)


    Utiliti akan cuba kenal pasti peranti yang dipilih dan meminta input mengenai lokasi Windows.

    Secara default, semua OS Windows Windows NT 4 dan Windows 2000 yang dipasang berada di ‘winnt/system32/config’; sementara Windows XP/2003 dipasang di dalam ‘windows/system32/config’ Windows XP/2003.

    Jika ‘path’ atau format kedudukan itu dimasukkan dengan betul, anda akan lihat beberapa fail seperti di Rajah 2.

    Untuk membuat semula kata laluan, gunakan pilihan [1] dan tekan ‘Enter’.


    (rajah 3)


    Dalam paparan seterusnya, Rajah 3, guna pilihan [1] untuk edit data pengguna dan kata laluan anda akan melihat lihat senarai pengguna komputer dipaparkan.

    Pilih nama pengguna yang mahu diubah, contohnya ‘administrator’ dan tekan ‘Enter’.

    Di paparan seterusnya, anda boleh menukar kata laluan pengguna atau kosongkan kata laluan itu. Mengosongkan bahagian kata laluan itu adalah lebih baik kerana ia lebih menyenangkan dan mengurangkan kesilapan.

    Untuk mengosongkan kata laluan, guna ‘*’ dan tekan ‘Enter’. Lihat Rajah 4.


    (rajah 4)


    Anda akan ditanya sama ada anda pasti dengan keputusan itu. Tekan ‘y’ dan ‘Enter’.

    Di paparan seterusnya, guna pilihan ‘q’ untuk keluar dan setiap perubahan yang dibuat akan disimpan. Tekan ‘!’ untuk keluar ke menu utama.


    (rajah 5)


    Tekan ‘y’ untuk simpan perubahan. Akhir sekali, tekan ‘n’ untuk keluar dari utiliti. Perubahan akan ditulis ke dalam disk. Lihat Rajah 5.

    Keluarkan CD dan reboot komputer. Log masuk sebagai ‘administrator’ dan tekan ‘Enter’ untuk kata laluan.

    Sebagai maklumat tambahan, Windows XP mempunyai ‘Password Reset Disk’

    yang boleh digunakan untuk situasi seperti ini.

    Anda hanya perlu menyediakan disk dan laksanakan wizard ‘Prevent forgotten password’ dan simpan disk itu di tempat selamat.


    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Jumaat, 8 Jun 2007

    Ingin Menambah Ruangan Cakera Keras

    SOALAN:
    Jika saya mahu menambah kapasiti cakera keras, adakah perlu menambah saiz RAM dan menambah kelajuan pemproses?

    Mohd Izwan
    izwan_johar77@yahoo.com.my

    JAWAPAN:
    Anda tidak perlu menambah RAM dan menaik taraf pemproses. Dengan menambah kapasiti cakera keras, anda hanya menambah ruang yang boleh digunakan. Tambahan ruang itu tidak memerlukan PC yang berkuasa besar.

    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Kelebihan Mozilla Firefox

    SOALAN:
    Apakah kelebihan perisian pelunsur Mozilla Firefox berbanding Internet Explorer?

    Pijo Hafiz,
    pijo_84@yahoo.com.my

    JAWAPAN:
    Mozilla Firefox adalah perisian pelunsur yang menggunakan perlesenan sumber terbuka. Ia boleh digunakan di atas platform sistem operasi Windows, Unix atau Macintosh.

    Firefox dibangunkan oleh Mozilla Corp dengan kerjasama ramai lagi pembangun lain di serata dunia.

    Antara kelebihan Firefox ialah:

    - pelunsuran tab

    Ciri itu tidak memerlukan anda membuka banyak tetingkap untuk memaparkan laman yang dilawati. Ia memudahkan penyelengaraan tetingkap dan mengurangkan penyepahan tetingkap di atas desktop.

    - penghalang pop up

    Anda mempunyai kawalan penuh ke atas laman yang boleh mengeluarkan pop

    up/down dan laman yang tidak boleh.

    - disertakan bar enjin pencari

    Anda boleh menentukan jenis enjin yang hendak digunakan. Anda boleh membuat carian terus dari pelunsur tanpa perlu memasuki ke laman web enjin pencari seperti google.com atau yahoo.com.

    - penyambungan atau plug in dan – tema/ubah rupa bentuk

    Dengan penyambungan anda boleh menambah keupayaan Firefox. Antara penyambungan yang boleh didapati ialah ‘adblocker’ atau penghalang iklan dari

    dipaparkan, ‘noscript’ iaitu menentukan sama ada skrip di laman tertentu dibenarkan atau tidak dan lain-lain lagi.

    Tema pula membolehkan anda mengubah rupa bentuk Firefox. Terdapat pelbagai tema yang boleh dipindah turun. Anda boleh mendapatkan senarai penuh penyambungan dan tema di www.mozilla.com

    - mematuhi standard W3C

    Firefox dibina dengan standard W3C.

    - pengemaskinian secara automatik

    Firefox mempunyai kebolehan pengemaskinian secara automatik. Jika ada versi baru, butang kemaskini akan memberi peluang kepada anda untuk menambahbaikkan perisian pelunsur itu.

    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Cara Daftar Nama Domain

    SOALAN:
    Saya ingin bertanya mengenai pendaftaran nama domain. Adakah perlu kita mempunyai sebuah syarikat atau perniagaan yang sudah berdaftar jika hendak membeli satu nama domain .my, seperti www.hmetro.com.my?

    Akram Mohamad,
    akram98@pd.jaring.my

    JAWAPAN:
    JAWAPAN: Pendaftar domain untuk .my (mynic.net.my) menyatakan hanya syarikat yang berdaftar dengan Pendaftar Syarikat (ROC), Pendaftar Perniagaan (ROB) atau Pendaftar Persatuan (ROS) boleh mendaftar domain .com.my, .org.my dan .net.my

    Setiap pendaftaran akan dikenakan yuran tahunan sebanyak RM100 bagi setiap domain itu.

    Bagaimanapun, jika tidak mempunyai syarikat atau pertubuhan berdaftar, anda boleh mendaftar untuk domain .name.my. Domain .name.my ialah domain persendirian dan mynic akan mengenakan yuran sebanyak RM40 setahun.

    Anda hanya perlu menyertakan salinan kad pengenalan untuk mendaftar domain .name.my. Contohnya, bakhtiarhamid.name.my.

    Selain terus mendaftar kepada Mynic, anda juga boleh mendaftar domain .my menerusi wakil penjual Mynic.

    Mungkin lebih mudah mendaftar menerusi wakil-wakil penjual itu kerana mereka mungkin akan menawarkan potongan harga untuk yuran tahunan.

    Mereka juga menyediakan perkhidmatan tambah nilai atau perkhidmatan lain seperti penganjuran laman web dan sebagainya.

    Dalam pada itu, anda boleh juga mendaftarkan domain .com, .net atau .org menerusi wakil penjual itu. Pendaftaran terbabit tidak memerlukan sijil syarikat atau organisasi.

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web Mynic di http://www.mynic.net.my.

    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Hubung 2 (Dua) Komputer Di Lokasi Berlainan

    SOALAN:
    Assalamualaikum.

    Saya mempunyai dua premis perniagaan, iaitu di Kota Bharu dan di daerah Machang, Kelantan.

    Setiap satu premis dilengkapi dengan talian jalur lebar Internet Streamyx berkelajuan 1.0 Megabit sesaat.

    Bagaimanakah cara yang paling mudah dan menjimatkan untuk menghubungkan kedua-dua premis terbabit bagi memudahkan kami berkongsi data atau memindahkan data di antaranya.

    Contohnya seperti data aplikasi produktiviti termasuk Microsoft Word, Acces, Excell dan sebagainya.

    Katalah premis di Kota Bharu ada menyimpan fail data di dalam pelayan (pelayan tidak khusus) maklumat pelangggan.

    Sementara pegawai bertugas di Machang ingin menyemak data yang sama setiap hari tanpa perlu keupayaan menyunting atau boleh disunting ke atas fail yang sama.

    Ummi Izzah,
    umi_izzah@yahoo.com

    JAWAPAN:
    Ada beberapa cara untuk anda berkongsi maklumat di antara dua atau lebih rangkaian.

    Antaranya, menggunakan pelayan web, versi kawalan seperti CVS atau sub versi atau FTP untuk berkongsi maklumat.

    Anda boleh juga menggunakan khidmat e-mel untuk berkongsi maklumat, tapi cara ini kurang cekap dan tidak sesuai.

    Cara terbaik berkongsi maklumat atau rangkaian ialah dengan kaedah Rangkaian Persendirian Maya (VPN).

    Apakah VPN? VPN adalah cara komunikasi antara dua atau lebih rangkaian menggunakan internet sebagai laluan.

    Apabila melaraskan VPN, anda sebenarnya menyediakan satu terowong (tunnel) yang selamat dari rangkaian atau komputer anda ke rangkaian atau komputer lain. Sila rujuk Rajah 1.

    VPN boleh menghubungkan komputer ke komputer, komputer ke rangkaian atau rangkaian ke rangkaian.

    Ada beberapa jenis VPN dan cara terowong dienkripkan, antaranya:

    - VPN menggunakan keselamatan berprotokol Internet (IPSec);

    - VPN menggunakan Lapisan Soket Selamat (SSL) untuk enkripsi terowong;

    - VPN menggunakan Protokol Terowongan Lapisan Kedua (L2TP);

    - VPN menggunakan Protokol Terowongan Point-ke-Point (PPTP);

    Sebelum membuat pelarasan terowong VPN, anda perlu ada sistem rangkaian yang sempurna dan capaian ke Internet.

    Bergantung kepada pelarasan VPN yang dipilih, kemungkinan besar anda akan memerlukan kekotak yang serasi dengan VPN.

    Untuk pelarasan mudah, misalnya perhubungan antara komputer ke komputer, anda perlukan sistem operasi yang boleh bertindak sebagai pelayan atau pelanggan VPN.

    OS Microsoft Windows 2000, XP, 2003 dan OS Linux boleh bertindak menjadi kedua-dua pelayan dan pelanggan. Bagaimanapun, pelaksanaannya mungkin berbeza bergantung kepada OS.

    Untuk pelarasan yang lebih kompleks seperti rangkaian ke rangkaian, anda perlukan kekotak khas VPN.

    Untuk diinisiasikan, anda boleh menggunakan beberapa jenis pengedaran Linux atau BSD, contohnya dalam bentuk Live CD termasuk Endian atau Gibraltar sebagai kekotak VPN.

    Dalam kes anda, kita lihat penggunaan Windows XP sebagai pelayan dan pelanggan. Kita akan laraskan komputer di Machang boleh mencapai data di Kota Bharu.

    Oleh itu komputer di Kota Bharu akan bertindak sebagai pelayan VPN dan komputer di Machang sebagai pelayan VPN.

    Sebelum meneruskan langkah di bawah, pastikan anda sudah mencipta akaun pengguna yang boleh dihubungkan. Sebagai contoh, kita akan gunakan ‘VPN user ‘ sebagai akaun yang boleh dihubungkan.

    Ikuti langkah berikut:

    - Klik Control Panel > Network and Internet Connections

    - Klik Create a new Connection

    - Wizard akan dipaparkan. Klik Next

    - Klik Setup an advanced connection, kemudian Next

    - Klik Accept incoming connections kemudian Next

    - Di paparan Devices for incoming Connections, klik Next tanpa apa-apa pilihan

    - Klik Allow Virtual Private Network kemudian Next

    - Tentukan pengguna yang dibenarkan untuk menghubungkan, Vpnuser, dan klik Next

    - Dwi klik Internet Protocol (TCP/IP)

    - Sediakan alamat IP untuk komputer di Kota Bharu dan Machang dan klik OK

    - Klik Next

    - Klik Finish

    Selepas itu anda akan lihat ikon Incoming Connections di Network Connections.

    Klik kanan Incoming Connections, pilih Properties, pilih tab Users, dan tandakan ‘Require all users to secure their passwords and data’ dan klik OK.

    Untuk setup VPN client di komputer Machang, ikuti langkah berikut:

    - Klik Control Panel > Network and Internet Connections

    - Klik Create a new Connection

    - Wizard akan dipaparkan. Klik Next

    - Klik Connect to the network at my workplace kemudian klik Next

    - Klik Virtual Private Network connection kemudian Next

    - Berikan nama untuk penyambungan ini, contohnya "KB", dan klik Next

    - Sebelum VPN dapat diselaraskan, capaian ke internet perlu diwujudkan. Jika anda menggunakan PPPOE DIALER, anda perlu klik Automatically dial this connection. Jika menggunakan fungsi DSL modem, klik Do not dial initial connection

    - Anda perlu masukkan alamat IP komputer di Kota Bharu.

    Untuk memudahkan, gunakanlah khidmat Dynamic DNS, contohnya http://dyndns.org.

    Dengan Dynamic DNS, anda boleh memetakan alamat IP kepada nama domain yang mudah untuk diingat.

    Khidmat yang ditawarkan boleh digunakan untuk alamat IP yang dinamik atau statik.

    Sesudah mendaftar dengan pembekal khidmat dinamik DNS, anda perlu memindah turun ‘client’ untuk mengemaskinikan alamat IP dengan nama domain yang dilanggani.

    Untuk pemasalahan ini, kita akan berikan nama domain kb.mine.nu kepada komputer di Kota Bharu. Oleh itu masukkan kb.mine.nu di ruang berkenaan dan klik Finish.

    Komputer di Machang bolehlah diselaraskan ke terowong VPNnya di Kota Bharu dan mencapai maklumat di komputer berkenaan.

    - Klik Start > Settings > Network Connections

    - klik kb

    - isikan nama pengguna dan kata laluan, lalu klik Connect

    Apabila terowong VPN sudah dibina, anda akan lihat ikon ‘KB’ di taskbar. Sekarang anda sudah boleh mencapai data di pelayan VPN di Kota Bharu.


    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Khamis, 7 Jun 2007

    Konfigurasi Telnet, FTP Dalam Windows

    SOALAN:
    Bagaimanakah untuk mengkonfigurasikan aplikasi telnet dan FTP untuk sistem operasi Windows XP Profesional? Atau adakah perlu memasang program Windows Server dahulu?

    Izzi,
    Uniputra
    madani99000@yahoo.com

    JAWAPAN:
    Aplikasi FTP dan telnet memang disertakan dalam Windows XP. Bagaimanapun, aplikasi berkenaan tiada pautan daripada mana-mana menu.

    Ia juga tiada antaramuka bergrafik. Untuk melaksanakan aplikasi telnet, ikuti langkah di bawah:

    - Klik start > Klik run

    - Taip telnet host, gantikan host dengan alamat IP atau nama host yang hendak dicapai.

    Untuk maklumat tambahan, menggunakan telnet untuk mencapai host adalah tidak selamat kerana setiap sesi telnet tidak dienkrip. Faktor itu menyebabkan sesi itu mudah diintip dan isi kandungannya boleh dibaca atau digunakan oleh penggodam.

    Gunakan Secure Shell (ssh) untuk mencapai host kerana sesinya dienkrip dan menyukarkan penggodam membaca atau mencuri pandang sesi ssh tersebut.

    Lakukan perkara yang sama dalam aplikasi ftp:

    - Klik start > Klik run

    - Taip ftp host, gantikan host dengan alamat IP atau nama host yang hendak dicapai. Satu paparan baru akan dipaparkan.

    Tidak boleh padam ‘folder’.

    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Cara Padam Folder Dalam PenDrive

    SOALAN:
    Saya ingin bertanya mengenai cara memadam ‘folder’ yang dibuat di dalam pemacu setoran ‘flash’ (pendrive).

    Sudah beberapa kali saya mencuba, tapi gagal, malah sesetengah ‘folder’ yang ada dalam komputer peribadi saya juga tidak boleh dipadam.

    Bantuan tuan amat diharapkan dan terima kasih.

    Razali,
    razalian@proton.com

    JAWAPAN:
    Banyak sebab yang memungkinkan cubaan memadam ‘folder’ anda tidak berjaya.

    Untuk menyelesaikan masalah itu, anda perlu melihat mesej ralat yang diberi. Anda juga perlu lihat log di komputer terbabit.

    Secara amnya, antara sebab fail tidak boleh dipadam ialah:

    - anda tidak punya kebenaran ke atas fail berkenaan. Oleh itu, anda perlu kebenaran juga untuk memadamnya.

    - fail atau folder berkenaan mungkin sedang digunakan applikasi lain.

    Namun begitu, jika anda pasti fail itu perlu dipadam, dapatkan perisian pembuka kunci di http://www.softpedia.com/get/System/System-Miscellaneous/Unlocker.shtml. Atau lawati http://www.kedai.com.my/KK

    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Akaun Pengguna Kawal Capaian Data

    SOALAN:
    KOMPUTER laptop saya ada dua akaun pengguna dan lima pembahagi di cakera kerasnya dengan satu daripada akaun digunakan untuk kegunaan peribadi dan satu lagi untuk jemputan (guest).

    Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan pengguna jemputan supaya mereka tidak boleh membuka pembahagi cakera keras yang dikhaskan untuk kegunaan peribadi saya?

    Mario,
    kiosk_1011@yahoo.com.my

    JAWAPAN:
    SAYA andaikan anda menggunakan sistem operasi (OS) Windows. Ada dua jenis akaun pengguna secara semula jadinya iaitu ‘administrator’ dan ‘guest’.

    Akaun dengan peranan ‘administrator’ mempunyai kuasa untuk mengubah dan melakukan apa saja pada komputer berkenaan. Akaun ‘guest’ pula mempunyai kuasa terhad.

    Ikuti langkah di bawah untuk OS Windows XP:

  • Klik Start > Control Panel
  • Klik User Accounts
  • Klik User berkenaan (pilih user yang anda mahu hadkan capaiannya)
  • Klik ‘Change the account type’ xp.png
  • Klik ‘Limited’ untuk memberi capaian yang terhad xp2.png

  • Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Rabu, 6 Jun 2007

    Sertai Program Affiliate (Web Hosting) Secara Percuma

    Anda berminat dengan Program Affiliate? Di sini saya sertakan beberapa program affiliate yang berkaitan dengan web hosting yang terdapat di Malaysia. Anda boleh membuat pilihan mana yang akan menjana pendapatan anda melalui internet. Mulalah dengan sedikit demi sedikit sebelum kita semua bergelar JUTAWAN INTERNET.

    Mari kita daftar sekarang, pendaftaran adalah percuma!!!

    1 - JomHost

    2 - Namsahaz

    3 - Mercu Maya

    4 - Exabytes

    Jangan lupa daftar!!!

    Mahu Elak Data Bocor

    SOALAN:
    SAYA ingin membeli pemacu setoran flash u3. Satu aplikasi yang menarik perhatian saya adalah antivirus u3.

    Adakah aplikasi ini akan menghalang kebocoran data semasa menggunakannya di tempat awam, contohnya kafe siber?

    Sauffie,
    sauffie@gmail.com

    JAWAPAN:
    PEMACU flash USB u3 memudahkan pengguna menggunakan sebarang aplikasi yang ada di dalam mana-mana komputer peribadi (PC).

    Apabila pemacu itu disambungkan ke komputer yang menggunakan OS Windows 2000, XP dan Vista, aplikasi pelancar ‘LaunchPad’ akan dilaksanakan dan memaparkan menu dengan aplikasi yang disertakan pada pemacu USB u3 itu.

    Aplikasi antivirus bukanlah aplikasi untuk keselamatan, tapi lebih kepada penggunaan sebagai pelindung aplikasi atau data daripada jangkitan virus.

    Aplikasi untuk pemacu USB Flash u3 itu terbahagi kepada dua iaitu:

  • Anda boleh cuba (trial ware) dan beli bila tamat tempoh
  • Percuma (free ware)

    Jika sudah memiliki pemacu flash USB, anda boleh memindah turun PortableApps Suite menerusi laman web di alamat berikut; http://portableapps.com/suite.

    PortableApps juga mempunyai aplikasi yang boleh dilaksanakan terus dari pemacu USB flash. Cuma perbezaannya, anda boleh memindah turun PortableApps Suite secara percuma.

    Bagaimanapun, aplikasi yang disertakan agak terhad buat masa ini. Namun begitu anda boleh juga memindah turun aplikasi lain di laman http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Portable_Software#External_links.

    Nota: Pertanyaan boleh juga disalurkan menggunakan Google Talk menerusi itmetro@gmail.com, atau perbualan YM meggunakan alamat it.metro@yahoo.com atau masuk ke laman web http://myzope.kedai.com.my

  • Dipetik dari;

    http://www.hmetro.com.my/

    Kemaskini Perisian Pemacu

    SOALAN:
    ASSALAMUALAIKOM saudara. Saya inginkan pendapat mengenai pengemaskinian perisian pemacu secara online dan apakah kesannya?

    Tyrex,
    tyrex@streamyx.com

    JAWAPAN:
    UNTUK makluman anda dan pembaca, banyak perisian pemacu berada di dalam komputer peribadi kita. Boleh dikatakan setiap komponen atau perkakasan mempunyai perisian pemacu masing-masing.

    Begitu juga dengan sistem operasi (OS), hendaklah dikemaskini setiap kali diperlukan. Pengemaskinian perisian pemacu secara online terbahagi kepada dua:

    1. Penggunaan Windows Update di OS Windows XP/2000/2003

    Penggunaan Windows Update bukan saja memudahkan peningkatupayaan pemacu, malah meringkaskan urusan menampal setiap kelemahan yang ada pada OS terbabit. Bagaimanapun, biasanya khidmat itu memerlukan talian yang besar seperti jalur lebar.

    2. Penggunaan pemacu yang dipindah turun dari pembekal perkakasan, sama ada melalui perisian pelunsur atau butang khas di perkakasan berkenaan.

    Biasanya pembekal perkakasan seperti kad paparan, tetikus, dan sebagainya akan membekalkan perisian pemacu yang boleh dipindah turun menggunakan perisian pelunsur menerusi Internet. Selepas dipindah turun, pengguna perlu melaksanakan program terbabit.

    Secara amnya, jika anda menggunakan OS Windows XP/2000/2003, ia boleh mengulang semula proses tingkat upaya atau naik taraf perisian pemacu yang tidak berjaya.

    Caranya ialah:

    - klik butang Start

    - klik Control Panel

    - klik Systems

    - Di tetingkap “System Properties”, klik tab Hardware

    - klik “Device Manager”

    - di tetingkap “Device Manager”, dwi klik perkakasan berkenaan.

    - di tetingkap perkakasan itu, klik tab “Driver”

    - Kemudian anda boleh klik “Update Driver...” untuk naik taraf perisian pemacu, atau “Roll Back Driver...” jika naik taraf tidak berjaya.

    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Perisian Anti Virus Percuma

    SOALAN:
    BAGAIMANA cara untuk mendapatkan perisian anti virus secara percuma? Bolehkan saya mendapatkannya melalui perkhidmatan internet. Terima kasih

    Norashikin Adnan
    syekin@hotmail.com

    JAWAPAN:
    TERDAPAT beberapa perisisan anti virus percuma untuk penggunaan di rumah atau pelajar. Antara perisian yang paling popular dan berkesan ialah;
    1 - AVG Anti-virus (http://free.grisoft.com);
    2 - Avast! (http://www.avast.com) dan
    3 - Clamwin (http://www.clamwin.com)

    Untuk mendapatkannya, layari laman yang dinyatakan dan pindah turun turun

    aplikasi anti virus berkenaan.

    Bergantung kepada jenis anti virus, anda mungkin perlu mendapatkan lesen untuk mendapatkan kemas kini kerana sifat lazim sesebuah perisian anti virus itu memerlukan rutin kemas kini yang agak kerap.

    Pengemaskinian itu penting kerana setiap hari banyak virus baru wujud dalam persekitaran perkomputeran kita, terutamanya apabila kita sering bertukar-tukar komputer dan melayari laman-laman web.

    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Selasa, 5 Jun 2007

    Bangunkan Laman Web Sendiri

    SOALAN:
    BAGAIMANA hendak membuat laman web sendiri dan cara mendaftar dengan Instant Messenger (IM)?

    Cariduit Taib,
    letsgetlot@yahoo.com.my

    JAWAPAN:
    TERDAPAT banyak penganjur laman web yang membenarkan anda membangun laman web sendiri. Anda boleh dapatkan senarai di http://dmoz.org/Computers/Internet/Web_Design_and_Development/Hosting/Free. Pilihlah kategori berkenaan dan bandingkan penyedia yang disenaraikan.

    Biasanya penganjur laman web percuma akan membataskan jalur lebar, kapasiti setoran cakera keras dan sebagainya.

    Setiap penganjur itu juga mempunyai alat pembangunan yang berbeza terutamanya untuk memindah naik fail-fail html anda.

    Oleh itu, carilah pembekal yang memiliki alat pembangunan yang mudah. Anda boleh juga menggunakan laman blog untuk membangunkan laman web anda.

    Antara laman blog yang boleh anda cuba ialah Blogger (http://blogspot.com), WordPress (http://wordpress.com), MSN spaces (http://spaces.msn.com) dan LiveJournal (http://livejournal.com).

    Laman blog ini biasanya mengkehendaki anda mendaftar sebelum boleh membangunkan laman. Kebanyakan laman blog mempunyai acuan atau reka letak yang sudah tersedia untuk dipilih.

    Sementara IM atau Instant Messenger adalah khidmat yang disediakan oleh pembekal email seperti Yahoo! Mail, Google Mail dan Hotmail.

    Jika sudah mempunyai alamat e-mel dengan pembekal tersebut, anda hanya perlu pindah turun perisian aplikasi untuk memulakan perbualan.

    Sebagai contoh, andaikan anda sudah mempunyai alamat e-mel dengan yahoo.com. Anda hanya perlu masuk ke http://im.yahoo.com dan pindah turun aplikasi Yahoo Messenger. Dwiklik dan ikuti langkah yang dibentangkan.

    Selesai pemasangan, anda boleh log masuk menggunakan alamat e-mel Yahoo! yang ada.

    Selamat mencuba!

    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Buat Live CD Untuk Foresight Linux

    SOALAN:
    Saya hendak membuat ‘Live CD’ untuk ‘Foresight Linux’. Oleh itu saya perlu memindah turun fail-fail iso tapi ia mengambil masa yang lama. Di harap saudara dapat memberi idea kepada saya untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih

    Roselina,
    ferroselina@yahoo.com

    JAWAPAN:
    Kelajuan memindah turun fail bergantung kepada beberapa perkara. Antaranya ialah jalur lebar dan ‘hops’ loncatan, stesen perhubungan (node) yang perlu diambil untuk ke pelayan.

    Jalur lebar memainkan peranan kerana secara amnya, lebih besar jalur lebar itu, maka lebih laju kadar kelajuan pemindahan.

    Contohnya, pemindahan fail lebih laju jika menggunakan jalur lebar berbanding dail masuk.

    Jalur lebar talian di antara penyedia perkhidmatan dan jalur lebar pelayan juga menentukan kadar kelajuan pemindahan fail anda.

    Bilangan stesen perhubungan yang perlu dilalui juga akan mempengaruhi kelajuan perpindahan.

    Pemindahan fail lebih cepat jika anda mengambil fail dari pelayan di Malaysia, berbanding menggunakan pelayan di luar negara.

    Untuk menyelesaikan masalah anda, dapatkan fail berkenaan menggunakan penyambungan jalur lebar yang lebih besar, sama ada melanggani jalur lebar dengan kadar tinggi atau gunakan talian pejabat atau universiti atau sahabat yang memiliki jalur lebar besar.

    Kebanyakan pengedaran Linux memiliki tapak berkembar (mirrors), iaitu pelayan yang menganjurkan fail berkenaan di negeri lain.

    Bagaimanapun, Foresight Linux tidak mempunyai tapak berkembar itu. Oleh itu anda tidak boleh mengurangkan loncatan bilangan stesen perhubungan untuk ke pelayan terdekat.

    Sebagai contoh, layari laman Ubuntu di http://www.ubuntu.com/getubuntu/download dan lihat senarai ‘mirrors.’

    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Tarikh Komputer Tidak Betul

    SOALAN:
    Assalamualaikum. Mengapa tarikh pada komputer saya tidak betul. Setiap kali selepas dipasang, akan terpapar CMOS ‘setting wrong’ dan tarikhnya 3-7-2003.

    Adakah penambahan perisian akan menyebabkan komputer semakin perlahan?

    Muhaamad Hussni Khalid,
    cenistylo@yahoo.com

    JAWAPAN:
    CMOS ialah kependekan Complementary Metal Oxide Semiconductor. Ia digunakan untuk menyimpan data khusus seperti tarikh, masa dan pelarasan untuk komputer.

    Tambahan perisian baru bukan penyebab ralat berkenaan. Biasanya ralat CMOS ‘settings wrong’ disebabkan bateri yang kurang elok atau lemah.

    Untuk menyelesaikannya, gantikan saja bateri itu dengan yang baru. Untuk mencapai bateri itu, anda perlu buka penutup unit pemprosesan pusat (CPU). Lihat gambar untuk contoh kedudukan bateri.

    Dipetik dari;
    http://www.hmetro.com.my/

    Isnin, 4 Jun 2007

    Teknik Efektif Mengurangkan Spam

    Faktor kos dan halangan yang sangat rendah mungkin mendorong banyak pihak terlibat sebagai penghantar spam, hingga jumlahnya cukup tinggi dan sukar dikawal. Mangsanya pula boleh melibatkan pelbagai pihak - seperti orang ramai, perniagaan, organisasi dan penyedia khidmat internet (ISP). Sementara kesannya pula meliputi penurunan produktiviti kerja, jangkitan virus atau kecurian maklumat. Meskipun langkah-langkah untuk membendungnya terus diambil, namun aktiviti jenayah ini tidak menunjukkan petanda akan berakhir.

    Mahu tidak mahu, anda juga terpaksa menggambil langkah perlu untuk menanganinya. Disebabkan kaedah menghantar spam semakin canggih, anda harus menanganinya dengan langkah yang efektif dan tidak lekas putus asa. Anda boleh mencuba beberapa cadangan yang disenaraikan di bawah ini. Antaranya memastikan alamat e-mel penting tidak didedahkan, hingga menjadi sasaran spam. Selain itu, anda boleh menggunakan aplikasi e-mel dan perisian anti-spam yang boleh mengesan, menapis, memadam dan mengurangkan spam.

    Langkah Membendung Asakan Spam

    Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurang asakan e-mel sampah atau spam.

    * Jangan mudah mendedahkan alamat e-mel dalam internet. Jika alamat tersebut perlu didedahkan, anda boleh menggunakan helah tertentu seperti “nama-at-hotmail-dot-com” agar ia sukar dikutip. Selain itu, anda boleh menukar bentuk alamat daripada teks kepada imej atau imej itu mengandungi alamat e-mel.

    * Semak samada alamat e-mel anda sudah terdedah kepada penghantar spam dengan mencari alamat itu menerusi enjin carian seperti Google. Jika alamat e-mel itu diposkan ke mana-mana tapak web, blog atau kumpulan berita, sila keluarkan. Ini boleh membantu mengurangkan jumlah spam yang diterima.

    * Sediakan dua (sekurang-kurangnya) alamat e-mel. Satu e-mel untuk kegunaan peribadi kepada teman dan rakan sekerja, dan satu lagi untuk melanggan surat berita atau mengepos kepada forum atau lokasi awam yang lain dalam internet. Gunakan khidmat e-mel percuma dan alamat e-mel yang sukar diteka.

    Perisian Keselamatan dan Anti-Spam

    Anda boleh menggunakan perisian atau sut keselamatan internet yang efektif, seperti BitDefender, McAfee, Norton, CA, F-Secure, PC-cillin, Panda Platinum, Norman, ZoneAlarm, atau Kaspersky - yang dilengkapi fungsi perlindungan spam. Perisian ini menggunakan kaedah tertentu untuk mengesan spam dengan efektif. Antaranya menyekat atau mengizinkan e-mel berdasarkan alamat IP (Internet Protocol), perkataan tertentu selain menggunakan teknologi pintar. Kebanyakan sut boleh mengimbas imej grafik untuk mengesan spam.


    Petikan dari;
    http://www.karangkraf.com.my/e-majalah/MajalahPC/