Jumaat, 22 Februari 2008

Capai Laman Web Dihalang

SOALAN:
Saya ingin tahu bagaimana membuka laman web yang sudah dihalang dari dicapai dan apakah perisian yang diperlukan? Pensyarah tempat saya belajar memberitahu saya menggunakan ‘proxy’. Adakah proxy itu boleh membantu saya?

Nasser Munaaim,
diduck_89@yahoo.com


JAWAPAN:
Pelayan proxy ialah satu peringkat perantaraan yang melayani permintaan.

Contohnya untuk ftp, http atau apa jua bentuk permintaan di antara pengguna dan pelayan.

Secara ringkasnya, pelayan proxy akan bertindak sebagai wakil anda.

Pengguna akan dihu bu ngkan ke pelayan proxy dengan permintaannya dan pelayan itu akan meman jangkannya ke pelayan sasaran, lalu membalas semula kepada pengguna.

Misalnya, anda meminta untuk mencapai laman web Harian Metro dengan menaip alamat URL http://www.

hmetro.com.my. Permintaan itu akan melalui pelayan proxy sebagaimana yang sudah ditetapkan dalam perisian pelunsur web (browser) anda.

Pelayan proxy akan menghantar permintaan anda ke pelayan web Harian Metro yang mana selepas itu akan membalas semula ke pelayan proxy anda dan dipanjangkan terus ke komputer anda.

Pelayan proxy biasanya digunakan untuk menghubungkan permintaan di antara rangkaian persendirian dengan rangkaian awam, melayani permintaan dan pelbagai fungsi lagi.

Menjawab pertanyaan anda itu, untuk mencapai laman web yang sudah dihalang ialah dengan menetapkan proxy dalam perisian pelunsur.

Sebelum itu hendaklah dicari dulu pelayan proxy awam dan pastikan alamat IP serta nombor pelabuhnya.

Cara mengubah tetapan proxy untuk IE: 1. Klik Tools > Internet Options 2. Klik tab Connections 3. Klik LAN Settings untuk pengguna jalur lebar dan sistem rangkaian setempat (LAN), manakala Dial up untuk pengguna dail masuk.

4. Klik ‘Use a Proxy server for LAN’ (Ketetapan ini tidak dipakai untuk penyambungan secara dail masuk atau rangkaian persendirian maya (VPN).

5. Isikan alamat IP pelayan proxy dan nombor pelabuh 6. Klik Close Cara mengubah tetapan proxy untuk Firefox 2.x: 1. Klik Edit > Preference 2. Klik tab Advanced 3. Klik Network 4. Klik ‘Manual proxy confi guration’ dan isikan alamat IP serta pelabuh pelayan proxy 5. Klik Close. Untuk makluman anda, kemungkinan juga laman yang anda cuba capai itu dihalang pentadbir rangkaian organisasi anda bekerja.

Sila pastikan juga anda tidak melanggar peraturan yang sudah ditetapkan.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Selasa, 19 Februari 2008

Guna Komputer Sebagai Interkom

KOMPUTER kini boleh digunakan sebagai telefon untuk berhubung dengan keluarga, rakan atau rakan sekerja.

Apa yang diperlukan hanyalah perisian yang boleh menyokong kemudahan seumpamanya di atas standard Suara Menerusi Protokol Internet (VOIP).

Oleh kerana Skype merupakan perisian untuk menggantikan telefon biasa, ianya beroperasi seperti telefon yang mana apabila panggilan dibuat, penerima perlu menekan butang 'Answer' sebelum perbualan boleh dilakukan.

Kadangkala kita perlukan kemudahan yang terdapat pada telefon di pejabat kita yang mana penerima boleh terus mendengar suara pemanggil tanpa perlu menjawab panggilan.

Kemudahan itu dinamakan Interkom.

Kemudahan menggunakan Interkom di komputer kini boleh digunakan dengan perisian yang dinamakan Loudtalks.

Ia boleh dipindah turun di www.loudtalks.com. Apabila perisian sudah dipasang, anda boleh berkomunikasi dengan sesiapa saja di seluruh dunia seolah-olah mereka berada di pejabat yang sama.

Selepas perisian dipasang, langkah pertama adalah mendaftarkan nama pengenalan anda: Beritahu rakan anda supaya memindahturunkan perisian yang sama dan seterusnya mendaftarkan nama pengenalan mereka.

Selepas rakan anda berjaya mendaftar, anda hanya perlu memilih Tools > Add a contact untuk berkomunikasi dengan mereka Selepas anda menjemput rakan anda untuk berkomunikasi, pastikan rakan anda menerima jemputan itu untuk perbualan boleh diteruskan. Untuk berhubung dengan rakan anda yang namanya berada di dalam senarai, anda hanya perlu pilih nama mereka dan tekan butang untuk bercakap.

Jika anda tidak mahu menekan butang tersebut anda boleh menekan butang F7 sebagai jalan pendek. Jika anda ingin mengubah fungsi butang-butang yang diberikan, anda boleh mengubahnya dengan memilih Tools > Options Jika anda belum ada rakan untuk berinterkom, tambahkan sahaja nama pengenalan saya AZLIPAAT sebagai cubaan untuk kita mulakan interkom dari mana saja anda berada.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Isnin, 18 Februari 2008

Kemudahan Emel Tolakan Blackberry

Teknologi perhubungan sentiasa berubah. Teknologi yang dirasakan amat canggih pada sesuatu masa akan diganti dengan teknologi lebih berkesan.

Teknologi telefon bimbit yang dimulakan dengan perhubungan menggunakan suara kini diambil alih perhubungan melalui teks iaitu SMS.


Ia kemudian disokong teknologi MMS yang membolehkan maklumat berbentuk multimedia dihantar melalui telefon bimbit.

Dengan teknologi 3G, sidang video boleh dilakukan secara langsung menggunakan telefon bimbit yang menyokong teknologi 3G.

Teknologi terkini adalah menghantar dan menerima e-mel melalui telefon bimbit. Biasanya membabitkan telefon pintar.

Walaupun kebanyakaan telefon bimbit sebelum ini boleh menghantar dan menerima e-mel, ia hanya satu daripada kemudahan sampingan.

Kemudahan e-mel yang terdapat di kebanyakaan telefon bimbit tidak dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pengguna kerana ia tidak dibekalkan dengan pelarasan diperlukan.

Kepada pengguna yang mempunyai pengetahuan mengenai sistem penghantaran dan penerimaan e-mel, mereka boleh membuat pelarasan atau tetapan untuk mengatifkannya sendiri, namun pengalaman menggunakan e-mel menerusi telefon bimbit sehingga kini tidaklah begitu selesa seperti pengunaan SMS.

Ruang teknologi komunikasi menggunakan e-mel di telefon bimbit tidak dihiraukan kebanyakan pengeluar dan penghasil teknologi telefon bimbit sehingga kini.

Untuk pengguna yang ingin menerima dan menghantar e-mel dengan lebih mudah, kini terdapat teknologi yang dipelopori oleh Syarikat RIM yang dinamakan Email Push di bawah jenama Blackberry.

Jenama telefon bimbit Blackberry nampaknya masih jarang kelihatan dipamerkan di kaunter telefon bimbit di pasar raya, faktor penyebabnya adalah untuk ia beroperasi dengan sempurna, memerlukan perisian tambahan untuk dipasang ke sistem pelayan e-mel pengguna Blackberry itu.

Namun, keperluan pemasangan perisian di dalam pelayan e-mel pengguna tidak lagi diperlukan.

Syarikat Blackberry memberikan kemudahan pengunaan pelayan mereka dengan caj minima setiap bulan.

Kemudahan penerimaan e-mel tolakan juga boleh digunakan kepada semua e-mel persendirian dan kemudahan emel percuma tanpa memerlukan pemasangan perisian pengguna di pelayan e-mel.

Pengguna e-mel seperti Yahoo!, Hotmail dan Gmail boleh memiliki kemudahan ini secara terus.

Apa yang membezakan kemudahan e-mel tolakan yang digunakan Blackberry dengan kemudahan e-mel tolakan lain ialah proses pendaftaran e-mel yang dipermudahkan.

Pengguna tidak perlu mengetahui ketetapan POP atau IMAP dan sebagainya untuk membolehkan e-mel dibaca di telefon bimbit. Apa diperlukan hanya alamat e-mel dan kata laluannya.

Dalam masa beberapa minit selepas maklumat itu dimasukkan ke Blackberry, e-mel yang diterima di alamat e-mel yang diberikan akan muncul dalam Blackberry pengguna.

Proses membalas e-mel yang diterima juga cukup mudah, pengguna hanya perlu memilih arahan balas, taip mesej balasan, secara automatik mesej yang dibalas akan dikemaskini di dalam kekotak e-mel utama bagi alamat e-mel terbabit.

Ini bermakna jika Blackberry anda hilang semua e-mel yang diterima dan e-mel yang dihantar melalui Blackberry masih boleh dicapai melalui kekotak e-mel utama di Internet.

Oleh kerana Blackberry dihasilkan untuk mengendalikan e-mel saja, ia boleh menyimpan hingga ribuan e-mel tanpa memperlahankan proses penggunaan peralatan itu.

Berbeza dengan kemudahan e-mel yang didatangkan dengan telefon bimbit biasa, kehadiran beberapa e-mel saja boleh menyebabkan operasi telefon bimbit menjadi perlahan.

Blackberry juga boleh membuka fail sisipan seperti Excel, PDF dan Word. Walaupun ia tidak mempunyai kemudahan Word secara keseluruhan, ini cukup membantu kita melihat kandungan sisipan yang disertakan bersama e-mel itu.

Pengunaan e-mel tolakan melalui telefon bimbit ini juga dapat membantu seseorang menjimatkan masa menjawab e-mel.

E-mel boleh dijawab sebaik saja ia diterima walau di mana mereka berada.

Kini pengguna tidak perlu berhadapan dengan jumlah e-mel yang banyak setiap kali kembali bekerja kerana e-mel boleh dibalas sebaik saja ia diterima. Faktor itu juga menggambarkan profesionalisme sesebuah organisasi di dalam menyelesaikan sesuatu tugasan seharian.

Oleh kerana pengunaan sistem Blackberry ini masih baru di Malaysia, ramai mungkin ragu sama ada pertukaran dari sistem telefon bimbit sedia ada kepada Blackberry satu langkah bijak.

Keputusannya jika anda bergantung kepada kemudahan e-mel untuk tugasan seharian, peralihan kepada sistem Blackberry adalah langkah bijak yang tidak perlu dikesali. Anda mungkin menyesal kerana tidak bertukar kepada sistem ini lebih awal.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Jumaat, 15 Februari 2008

PC Tiba-Tiba Mati

SOALAN:
Saya menghadapi masalah PC yang mati secara tiba-tiba. Saya sudah periksa ‘power management’ tapi hasilnya tetap sama.

Apakah masalahnya?

Faizal Aziz,
bakura_faizal@yahoo.com

JAWAPAN:
Pertamanya, perlunya anda mengimbas kembali bilakah kali terakhir perubahan sistem yang anda laksanakan sebelum masalah ini berlaku dan cuba ‘undo’ perubahan itu.

Sebenarnya ada banyak sebab mengapa PC anda menjadi begitu. Antaranya ialah: 1. Kerosakan unit pembekal tenaga.

2. Kepanasan melampau berlaku ke atas Unit Pemprosesan Pusat (CPU).

3. Kerosakan pada papan induk.

Dengan tiga kemungkinan di atas, cuba gantikan komponen yang disyaki itu dengan yang elok.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my