Sabtu, 12 Januari 2008

Hubung 2 PC Tanpa Kabel

SOALAN:
Saya ingin bertanya cara menghubungkan dua komputer peribadi (PC) tanpa menggunakan kabel. Kedua-duanya juga seharusnya boleh berkongsi dengan satu mesin pencetak.

Sahid
Shahsahida76@yahoo.com

JAWAPAN:
JIKA anda tidak mahu menggunakan kabel bagi menghubungkan dua PC, satu alat penting yang anda perlu dapatkan ialah unit pusat capaian (AP) tanpa wayar dan kad rangkaian tanpa wayar (NIC).

Selepas kedua-duanya dihubungkan, bolehlah membuat pelarasan untuk berkongsi mesin pencetak bagi membolehkan kedua-duanya mencetak di atas sebuah mesin pencetak saja.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my

Rabu, 9 Januari 2008

Kawal Perisian Ketika Proses Start-Up

Setiap kali perisian dalam kategori Perisian Utiliti dipasang di dalam komputer, kemungkinan besar ianya akan disetkan untuk dimulakan secara automatik setiap kali komputer dimulakan.

Walaupun kemudahan memulakan perisian secara automatik ini memudahkan pengguna, namun ianya akan memanjangkan masa untuk komputer dimulakan. Lebihlebih lagi jika perisian terbabit tidak lagi diperlukan.

Kebanyakaan perisian yang dimulakan secara automatik ini boleh dilihat di dalam kawasan 'System Tray', di sebelah kanan bawah Task Bar. Jika banyak perisian yang sudah dimulakan, maka akan panjanglah senarai ikon di dalam 'System Tray' sesebuah komputer itu.

Sebenarnya terdapat kemudahan yang mana kita boleh mengawal perisian-perisian yang muncul di dalam senarai 'System- Tray' daripada dimulakan secara automatik semasa komputer dimulakan.

Untuk mencapai kemudahan pengawalan perisian yang muncul di dalam 'System Tray', ikuti langkah berikut: 1. Pilih Menu Start > Run > Taip: MSCONFIG Gambar Tip1 2. Pilih Tab Startup Gambar Tip2 3. Klik diatas perisian yang kita tidak ingin dimulakan secara automatik apabila komputer dimulakan.

Tekan OK apabila selesai.

4. Untuk pilihan terkini diaktifkan, komputer anda perlu dimulakan sekali lagi. Tekan 'restart'.

5. Mesej peringatan akan dipaparkan setiap kali anda memulakan komputer selepas senarai diubah.

6. Jika anda ingin mengubah senarai perisian semula, ulangi langkah seperti di atas.

Selepas memendekkan senarai perisian yang akan dimulakan apabila komputer dihidupkan, anda akan dapati komputer anda boleh digunakan semula dengan lebih cepat berbanding sebelum itu.

Ia juga akan mengurangkan pengunaan memori, seterusnya akan membolehkan komputer anda beroperasi dengan lebih cekap.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/