Sabtu, 29 Disember 2007

Mengakses Internet Di Kawasan Terbuka

SOALAN:
Selain peralatan asas seperti komputer notebook atau laptop dan talipon bimbit pintar, apakah peranti khas yang diperlukan untuk mengakses internet di kawasan terbuka seperti di padang atau gurun? Jika ada, apakah peralatan atau perisian khas itu? Bagaimana pula dengan alamat IP?

Ahmad Norzaimy
a.zaimy@gmail.com

JAWAPAN:
Perkara yang paling penting sekali untuk mencapai Internet ialah liputan "signal" dari pembekal talian sama ada syarikat telekomunikasi atau penyedia perkhidmatan Internet (ISP) atau jaringan tanpa wayar.

Jika menggunakan khidmat selular, anda perlu mendapatkan khidmat pembekal dan pastikan liputan ada di kawasan itu.

Anda boleh menggunakan telefon bimbit dan lebih baik lagi sekiranya mempunyai telefon bimbit terkini dengan fungsi 3G atau EDGE.

Secara ringkas, sambungkan telefon bimbit anda ke komputer menggunakan kaedah penyambungan Bluetooth atau kabel USB dan gunakan perisian yang dibekalkan pembuat telefon bimbit untuk memulakan sambungan ke Internet.

Alamat IP akan dibekalkan oleh pembekal selular anda.Setelah dapat alamat IP, anda boleh mencapai Internet.

Gambar yang disertakan menunjukkan perisian Nokia PC Suite dengan pilihan sambungan ke Internet.

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/